Syiling berusia lebih 1,000 tahun dijumpai

Syiling berusia lebih 1,000 tahun dijumpai

Copenhagen: Kira-kira 300 syiling perak dipercayai berusia lebih 1,000 tahun ditemui berhampiran tapak kubu Viking di barat laut Denmark.

Khazanah itu ditemui di dua tempat tidak jauh satu sama lain oleh wanita muda yang menggunakan alat pengesan logam di ladang jagung pada musim luruh lalu.

Syiling perak itu ditemui kira-kira lapan kilometer dari kubu Fyrkat Viking berhampiran bandar Hobro.

Pengarah Muzium Jutland Utara, Lars Christian Norbach berkata, penemuan khazanah seperti itu sangat jarang berlaku.

Katanya, syiling berasal dari tempoh sama dengan kubu yang dibina oleh Raja Harald Bluetooth dan bakal menampilkan lebih banyak maklumat sejarah Viking.

“Mungkin ada kaitan antara harta karun yang dikebumikan oleh Viking semasa peperangan dan kubu terbakar dalam tempoh sama,” katanya.

Daripada inskripsi mereka, khazanah itu dipercayai berusia tahun 980-an.

Menurut ahli arkeologi, khazanah itu termasuk syiling Denmark, Arab dan Jerman serta barang kemas yang berasal dari Scotland atau Ireland.

Katanya, mereka akan terus melakukan penggalian pada musim luruh akan datang selepas musim menuai.

Artifak itu akan dipamerkan kepada umum di Muzium Sejarah Aalborg, mulai Julai ini, manakala wanita yang menemui khazanah itu bakal menerima ganjaran. HM

Syiling berusia lebih 1,000 tahun dijumpai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker