Waspada varian Arcturus Covid-19, Zahid beri ingatan sambut Syawal

Waspada varian Arcturus Covid-19, Zahid beri ingatan sambut Syawal

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menyarankan umat Islam yang menyambut Aidilfitri di seluruh negara agar berwaspada dengan varian baharu Covid-19, XBB1.16 atau Arcturus.

“Kita harus lebih berhati-hati kerana varian baharu ini kita tidak tahu kadar jangkitannya dan ia sangat terbuka serta cepat… Saya harap kita lebih berhati-hati sambil kita bergembira (menyambut Aidilfitri),” katanya kepada pemberita ketika meninjau jualan Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Beliau turut menasihati warga kota yang pulang ke kampung halaman supaya berhati-hati dan fokus ketika memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Saya harap dengan tol percuma yang diumumkan perdana menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kita harus ambil peluang ini untuk pulang ke kampung bersilaturahim dengan ibu bapa dan kaum keluarga tetapi jangan dalam kegembiraan ini, kita leka di jalan raya.

“Nyawa lebih penting dan saya harap soal keselamatan jalan raya harus diberi keutamaan selain menjalin silaturrahim,” katanya.

Menurut data rasmi Kementerian Kesihatan, jumlah kes Covid-19 di negara ini meningkat 87.5% dalam tempoh 14 hari hingga 8 Apr, manakala bilangan kemasukan ke wad direkodkan mengalami peningkatan 30.5%.

Pakar Kesihatan Awam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Mohammad Farhan Rusli, berkata walaupun tiada SOP khusus, orang awam perlu mengamalkan langkah pencegahan kendiri sebelum bersalaman dengan orang tua dan kanak-kanak semasa berkumpul.

Beliau berkata, kerap membasuh tangan dan mengamalkan penjarakan fizikal selamat dalam khalayak ramai, terutama dalam kalangan mereka yang tidak dikenali, juga adalah langkah perlindungan diri terbaik.

“Selain itu, bawa peralatan anda sendiri seperti sejadah apabila sembahyang di masjid. Jika boleh, ambil wuduk dahulu di rumah dan pakai pelitup muka sepanjang masa,” katanya menurut Bernama.

Dalam pada itu, berikutan cuaca panas dan jerebu yang kini melanda negara, seorang pakar alam sekitar turut menasihatkan orang awam supaya menghadkan masa di luar rumah dan mengenakan pelitup muka semasa Hari Raya.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Mohd Shahrul Mohd Nadzir, berkata pemakaian pelitup muka adalah bagi mengurangkan pendedahan kepada bahan pencemar akibat jerebu serta melindungi sistem pernafasan.

“Ketika jerebu, dinasihatkan untuk memakai pelitup muka yang direka bentuk khusus untuk menyaring pencemar udara seperti pelitup muka respirator N95 atau N99,” katanya. FMT

Waspada varian Arcturus Covid-19, Zahid beri ingatan sambut Syawal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker