Perarakan kavadi: Polis minta tangguh bukan halang
PETALING JAYA: Polis tidak menghalang kaum Hindu menunaikan sembahyang hajat sempena perayaan Idugathu Kaliamman Buntong sebalik hanya menasihatkan supaya acara itu ditangguhkan selepas Hari Raya Aidilfitri
Oleh itu, penyebaran maklumat bahawa “Ketua Polis Daerah Ipoh menghalang kaum Hindu menunaikan sembahyang hajat di Buntong dalam perayaan tahunan kuil Idugathu Kaliamman Buntong” yang tular di aplikasi WhatsApp tidak benar dan berunsur fitnah.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kandungan penulisan yang tular sejak semalam itu berniat jahat dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti polis daerah Ipoh.
“PDRM (Polis Diraja Malaysia) Daerah Ipoh menghormati hak menjalankan aktiviti keagamaan bagi setiap individu di negara ini yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak pernah menghalang mana-mana individu untuk mengadakan upacara sembahyang keagamaan.
“Mengenai upacara itu, PDRM Ipoh hanya memberi nasihat dan meminta kerjasama daripada pihak kuil supaya menangguhkan perarakan chariot dan kavadi pada 21 hingga 23 April kerana pertembungan dengan tarikh perayaan Hari Raya Aidilfitri 1444h dengan jangkaan kehadiran seramai 25,000 penganut,” katanya dalam satu kenyataan di Ipoh hari ini.
Menurut beliau, jika tidak ditangguhkan, perarakan yang dirancang akan meningkatkan aliran trafik dan menyebabkan kesesakan luar biasa serta risiko keselamatan ketenteraman awam di kawasan berhampiran.
Bagaimanapun, katanya, pihak polis tiada halangan terhadap sebarang aktiviti keagamaan yang diadakan di dalam kawasan kuil berkenaan.
Jelasnya, wakil-wakil pihak penganjur aktiviti keagamaan itu juga telah diterangkan dengan jelas tentang perkara ini dan mereka memahami pandangan serta bersetuju dengan nasihat pihak polis.
Yahaya berkata, pihak penganjur juga telah menafikan kepada pihak polis tentang keterlibatan mereka dalam penyebaran maklumat palsu berunsur fitnah itu.-
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sol tak balik raya, kami reda – Yusof Haslam
- View Chin fitnah, tunggu tindakan saya – Ah Moi
- View Chin pukul Ah Moi
- 2 singa sarkas terlepas kandang ketika persembahan [VIDEO]
- SPRM buru Siti Liyana
- Rakan Mahathir tak malu jadi bankrap
- Adam Lee mengamuk di kedai karpet [VIDEO]
- Syamsul kaki pusing cerita – Puteri Sarah
- Ah Moi letak syarat, minta View Chin pecat orang ketiga
- Nafkah anak minta diskaun, berbini dua boleh pulak
- Anak sulung Puteri Sarah sambut hari jadi tanpa kelibat ayah
- Tak sesalkah mereka runtuhkan masjid?
- Puteri Sarah Dianggap Melampau Tak Tutup Aib Suami
- Waran tangkap jika Ustaz Wadi tidak hadir 2 Mei ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.