Penjual bazar ‘ludah’ dalam isi murtabak, polis terima 3 laporan

Penjual bazar ‘ludah’ dalam isi murtabak, polis terima 3 laporan

Polis Labuan memaklumkan pihaknya menerima tiga laporan berhubung video tular seorang lelaki dilihat seakan-akan meludah dalam adunan isi murtabak di bazar Ramadan.

Ketua Polis Labuan Ahmad Jawila berkata, laporan polis diterima melibatkan satu video berdurasi 12 saat yang tular di media sosial sejak semalam.

“Hasil penelitian lanjut, kejadian berlaku pada 19 April bertempat di Bazar Ramadan Labuan Walk,” katanya dalam kenyataan.

“Melalui rakaman tersebut, seorang lelaki dinyatakan sebagai ‘penjual martabak perisa ludah’ di Bazar Labuan Walk dan (rakaman) telah ditonton serta mendapat kecaman daripada pelbagai pihak yang tidak senang dengan kejadian itu.”

Ahmad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Ahmad menasihatkan orang ramai tidak sewenang-wenangnya menyebarkan video atau sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Dalam video tular berkenaan, seorang lelaki dilihat seakan-akan meludah ketika sedang mengacau adunan isi murtabak. FMT

Penjual bazar ‘ludah’ dalam isi murtabak, polis terima 3 laporan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker