Najib di penjara, tiada erti raya buat kami – Yana

Najib di penjara, tiada erti raya buat kami – Yana

“Hari raya kali ini tiada erti buat kami sekeluarga kerana selalunya ayah sentiasa berada di sisi kami”.

Demikian luahan hati Nooryana Najwa yang juga anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di media sosialnya berhubung suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Menurutnya, sambutan hari raya tahun ini disifatkan berbeza berikutan tidak dapat bersama bapanya selepas Najib terpaksa beraya di penjara.

“Setiap tahun hari raya disambut bersama keluarga tercinta. Tahun ini amat berbeza buat kami sekeluarga beraya tanpa ayah di sisi. Yana rindu untuk berkumpul bersama keluarga meraikan hari raya dengan cukup meriah.

“Yana amat terkesan apa yang berlaku terhadap ayah sehingga beliau terpaksa beraya keseorangan di penjara. Semoga Yana dapat bertemu ayah di hari raya pertama,” katanya pada hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Nooryana Najwa turut mengimbas kenangan memilih warna baju raya bapanya selain merayu untuk bertemu Najib pada hari raya pertama Syawal hari ini.

“Menjelang raya kebiasaannya Yana akan membantu memilih warna baju raya ayah. Kami sekeluarga juga akan mendapatkan kain sepadan warna. Ayah juga mengingatkan kami sediakanlah rendang kegemarannya, nak makan dengan lemang resepi Mak Wan dari Seremban belah ibu.

“Sebelum raya, kami semua tentunya akan menziarahi kubur atuk dan nenek. Di pagi raya, kami bersalaman memohon ampun maaf dan semestinya semua hadir bergambar sekeluarga. Tiada sudah tahun ini.

“Apakah erti raya bagi kami tanpa ayah, di mana kemeriahannya, gambar keluarga tahun ini. Raya tahun ini tidak bermakna kepada kami lagi,” katanya.

Selain itu, beliau turut meluahkan rasa rindu sekali gus mengharapkan dapat bertemu bapanya.

“Rindu, rindu yang tidak terkata. Di pagi raya Aidilfitri, apakah kami dapat bertemu. Yana merayu diberi peluang menziarahi ayah, Yana merayu dibenarkan meluangkan sedikit masa bersama, Yana merayu belas kasihan untuk bersama ayah di pagi raya.

“Yana merayu, Yana rindu kebahagiaan sekeluarga. Yana berpegang kepada secebis harapan yang ada, mendoakan sebaik-baiknya buat ayah,” katanya.
K Online

Najib di penjara, tiada erti raya buat kami – Yana

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker