Connie dimasukkan ke hospital, nanah pada buah pinggang makin membesar

Connie dimasukkan ke hospital, nanah pada buah pinggang makin membesar

Selepas 10 hari dibenarkan pulang ke rumah, aktres popular era-1980 an, Norlida Ahmad atau Connie, 64, kembali dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

Anak tunggalnya, Ally Marisha Afrina Abdullah, 24, berkata ibunya dibenarkan pulang pada 10 September lalu selepas sebulan dirawat di hospital.



Bagaimanapun, katanya, disebabkan keadaan kesihatan ibunya masih belum baik, dia menghantarnya semula ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Selepas keluar hospital, keadaan ummi masih tak okay. Jadi, ummi dimasukkan semula ke hospital, semalam.

“Nanah pada buah pinggang ummi semakin membesar sehingga 12 sentimeter.

“Jadi, doktor akan memulakan rawatan hari ini menggunakan antibiotik yang baru selama 12 hari. Doktor akan cuba keluarkan nanah berkenaan.



“Jika tidak berkesan barulah doktor akan pertimbangkan untuk buat pembedahan membuang nanah berkenaan,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, kata Ally, ibunya pernah menjalani prosedur membuang nanah, tetapi terpaksa dihentikan berikutan berlakunya komplikasi.

“Doktor sempat buang tiga sentimeter nanah sahaja, tetapi terpaksa dihentikan kerana terlalu keras dan prosedur ini juga agak membahayakan.

“Ummi sekarang masih boleh berjalan, cuma keadaannya lemah dan kembali demam,” katanya.



Sebelum ini, Connie turut menjalani prosedur dikenali sebagai Peripherally Inserted Central Catheter (PICC) di mana saluran dipasang ke urat jantung bagi memudahkan antibiotik dan ubat dimasukkan untuk penggunaan jangka masa panjang.

Connie yang popular pada era 1980-an menerusi filem Tujuh Biang Keladi, Bujang Lapok Kembali Daa dan Suara Kekasih, dimasukkan HTJ, bulan lalu kerana masalah buah pinggang bernanah dan jangkitan kuman pada paru-paru serta darah.

Beliau pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya kerana tekanan darah rendah dan jangkitan kuman pada buah pinggang hingga lumpuh separuh badan pada 2018. BH

Connie dimasukkan ke hospital, nanah pada buah pinggang makin membesar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla



Pengacara popular tak bayar gaji staff?

Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)



Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker