Isu pengeluaran KWSP: Rafizi buat video ‘back up’ kerajaan

 

Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi rakyat terutamanya golongan yang berisiko seperti pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk hari tua.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata oleh sebab itu kerajaan tidak membenarkan permohonan untuk mengeluarkan caruman KWSP secara bersasar.



Dia berkata walaupun tuntutan ini jika dibenarkan boleh dilihat sebagai satu program kerajaan yang sebenarnya tidak melibatkan wang atau usaha kerajaan, tetapi akan mengurangkan simpanan hari tua daripada caruman rakyat sendiri.

“Apabila dana KWSP menyusut, ini akan mengehadkan keupayaan KWSP untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan strategi pelaburan demi mendapat keuntungan yang lebih baik.

“Ini akan membawa kesan kepada pencarum-pencarum lain walaupun mereka tidak mengeluarkan caruman KWSP kerana jika pulangan secara keseluruhannya rendah, maka pencarum-pencarum lain pun akan turut menanggung kesan itu,” katanya menerusi hantaran video di laman Instagram hari ini.

Rafizi berkata tindakan kerajaan sebaliknya ialah untuk menambahkan lagi caruman dan simpanan hari tua kepada pencarum dan bukannya membenarkan pengeluaran seperti yang dituntut segelintir pencarum.



“Oleh sebab itu kerajaan memilih jalan yang memberi kebaikan kepada semua pihak, bukan memilih jalan singkat yang akan meninggalkan masalah kepada pemimpin lain pada masa hadapan untuk diselesaikan,” katanya.

Rafizi berkata demikian mengulas tindakan ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan selepas tidak berpuas hati apabila permintaan untuk membahaskan isu pengeluaran KWSP bersasar ditolak pada permulaan persidangan Dewan Rakyat pagi tadi.

-Bernama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker