Perutusan Aidilfitri sulung Anwar
Perutusan Aidilfitri sulung Anwar
Dalam perutusan pertama Aidilfitri sebagai perdana menteri, Anwar Ibrahim menyeru rakyat menjalinkan silaturahim, menambah rasa ihsan dan rahmah antara satu sama lain.
Dalam ucapan disiarkan di televisyen, Anwar yang dilantik menerajui kerajaan pada November lalu, berkata rakyat perlu mengambil kesempatan sempena Aidilfitri, esok, untuk saling menziarahi.
Beliau juga turut menyentuh kepentingan memupuk keyakinan kepada nilai, ihsan, dan rahmah demi kemajuan.
“Maka, dalam tatakelola kerajaan perpaduan ini pun ditegaskan untuk tetap tegas mengembalikan maruah dan integriti menolak sebarang kebobrokan rasuah dan penyelewengan,” katanya.
Sejak dilantik sebagai perdana menteri, Anwar sering menegaskan komitmen menghapuskan rasuah, sambil memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai kerajaan korup.
“Saya juga mengambil kesempatan ini juga untuk berterima kasih kepada semua penjawat awam dalam dan luar negara, yang tungkus lumus berkhidmat, pasukan-pasukan bertahan menjaga keselamatan, mengangkat martabat negara,” katanya.
Beliau juga mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri dari pihak keluarganya kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia. FMT
Perutusan Aidilfitri sulung Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Sol tak balik raya, kami reda – Yusof Haslam
- View Chin fitnah, tunggu tindakan saya – Ah Moi
- View Chin pukul Ah Moi
- 2 singa sarkas terlepas kandang ketika persembahan [VIDEO]
- SPRM buru Siti Liyana
- Rakan Mahathir tak malu jadi bankrap
- Adam Lee mengamuk di kedai karpet [VIDEO]
- Syamsul kaki pusing cerita – Puteri Sarah
- Ah Moi letak syarat, minta View Chin pecat orang ketiga
- Nafkah anak minta diskaun, berbini dua boleh pulak
- Anak sulung Puteri Sarah sambut hari jadi tanpa kelibat ayah
- Tak sesalkah mereka runtuhkan masjid?
- Puteri Sarah Dianggap Melampau Tak Tutup Aib Suami
- Waran tangkap jika Ustaz Wadi tidak hadir 2 Mei ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET