Ambil iktibar musibah di Palestin – Agong
Perutusan Hari Raya Aidilfitri
Ambil iktibar musibah di Palestin – Agong
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah agar rakyat mengambil iktibar dan pengajaran daripada musibah menimpa rakyat Palestin yang sering ditindas rejim Israel terutama daripada aspek kebebasan beragama.
Seri Paduka bertitah, rakyat seharusnya bersyukur kerana di negara ini, semua bangsa dan agama bebas untuk beribadat serta menyambut ketibaan hari kebesaran masing-masing dengan penuh kegembiraan dan serba kemeriahan.
“Merentasi pelbagai sempadan dan perbezaan, rakyat Malaysia meraikan kedatangan hari kebesaran pelbagai agama dengan penuh keharmonian serta saling menziarahi.
“Rakyat Malaysia juga boleh meneruskan kehidupan seharian dengan penuh rasa toleransi dan dengan tanpa wujud jurang perbezaan antara bangsa dan agama. Ia merupakan anugerah dan nikmat yang tiada bandingannya daripada Allah,” titah baginda dalam perutusan khas Aidilfitri disiarkan stesen televisyen dan radio.
Baginda bertitah keadaan ini jauh berbeza dengan umat Islam di bumi Palestin bila mana rejim Zionis dengan tanpa rasa bersalah telah melakukan serangan terkutuk ke atas masjid Al-Aqsa ketika umat Islam beribadat pada Ramadan.
Titahnya, bagaikan satu tradisi, saban tahun pada hari-hari terakhir Ramadan dan menjelang Syawal, rejim Zionis akan melakukan provokasi yang melampau kepada umat Islam Palestin.
“Malaysia dan dunia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap jemaah Palestin serta pencerobohan ke dalam Masjid Al-Aqsa oleh tentera rejim Israel,” titah baginda.
Sehubungan itu, Seri Paduka bertitah agar semua rakyat menanam iltizam untuk terus bersatu padu dan menjaga fitrah keamanan serta kedamaian di negara tercinta ini.
“Marilah kita membentuk dan sebatikan dalam setiap sanubari, jiwa serta raga untuk menjunjung kesetiaan kepada raja dan negara sebagai landasan pencetus perpaduan yang utuh untuk dijadikan bekalan bagi membentuk masa depan negara yang gemilang,” titah baginda.
Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mengambil kesempatan mendoakan keselamatan serta kesejahteraan rakyat Malaysia yang terkesan dalam konflik di Sudan.
“Semoga konflik di Sudan dan Palestin akan menemui titik noktah kedamaian,” titah baginda.
Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan atas pengorbanan mereka yang terpaksa bertugas pada lebaran ini terutama petugas perkhidmatan kesihatan, tentera, polis serta semua pihak yang menggalas amanah menjaga kesejahteraan, keamanan, dan kedaulatan negara.
Baginda turut menasihati mereka yang memandu untuk pulang ke kampung halaman agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi undang-undang serta selamat tiba ke destinasi dituju bagi meraikan Aidilfitri bersama insan tersayang.
Mengakhiri titah, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada agar sentiasa dilindungi serta dirahmati Allah SWT.
“Marilah bersama kita berdoa semoga negara Malaysia yang kita cintai ini akan terus kekal aman sentosa dalam satu semangat perpaduan yang utuh serta maju jaya melangkah menuju masa hadapan yang gemilang,” titah baginda. FMT
Ambil iktibar musibah di Palestin – Agong
Baca Artikel Menarik:
- Sol tak balik raya, kami reda – Yusof Haslam
- View Chin fitnah, tunggu tindakan saya – Ah Moi
- View Chin pukul Ah Moi
- 2 singa sarkas terlepas kandang ketika persembahan [VIDEO]
- SPRM buru Siti Liyana
- Rakan Mahathir tak malu jadi bankrap
- Adam Lee mengamuk di kedai karpet [VIDEO]
- Syamsul kaki pusing cerita – Puteri Sarah
- Ah Moi letak syarat, minta View Chin pecat orang ketiga
- Nafkah anak minta diskaun, berbini dua boleh pulak
- Anak sulung Puteri Sarah sambut hari jadi tanpa kelibat ayah
- Tak sesalkah mereka runtuhkan masjid?
- Puteri Sarah Dianggap Melampau Tak Tutup Aib Suami
- Waran tangkap jika Ustaz Wadi tidak hadir 2 Mei ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET