Kerajaan Perpaduan lebih mantap jika Kit Siang tutup mulut

Kerajaan Perpaduan lebih mantap jika Kit Siang tutup mulut

Kerajaan Perpaduan akan menjadi lebih mantap jika veteran DAP, Lim Kit Siang tutup mulut dan bersara sepenuhnya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Kit Siang merupakan pembawa aliran lama DAP yang tidak disukai orang Melayu.

“Biarkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke buat kerja,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Semalam, Kit Siang menyatakan tidak bersetuju dengan pandangan UMNO boleh dikembalikan ke zaman kegemilangannya sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikurniakan pengampunan diraja.

Mohd Puad turut mendakwa Kit Siang mengubah cerita kerana pada 11 April lalu, bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mendakwa Kerajaan Perpaduan akan runtuh sekiranya Najib diampunkan.

Beliau percaya Kit Siang suka Najib dipenjarakan malah veteran DAP itu didakwa mengeksploitasi isu kleptokrasi tetapi membisu berhubung kes rasuah banglo membabitkan anaknya, Lim Guan Eng.

“Buku memoir Tan Sri Tommy Thomas dedah pelantikannya sebagai Peguam Negara atas usaha dan percaturan Kit Siang. Maka apa yang dihairankan dengan hipokrasi Kit Siang. Padanya biarlah Najib masuk penjara asalkan anaknya bebas,” jelasnya.

Mohd Puad berkata, DAP tidak belajar daripada kesilapan lalu apabila bersengkongkol dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang gagal menunaikan janji termasuk memerangi rasuah.

Beliau mempersoalkan mengapa Kit Siang membisu dalam isu terkini berhubung dakwaan rasuah melibatkan dua pegawai yang berkhidmat untuk seorang menteri dari DAP.

“Baru lima bulan sudah buat hal. Itu yang akan meruntuhkan Kerajaan Perpaduan. UMNO tetap belajar dari kesilapan lama Sebab itu UMNO mengalahkan DAP pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highland,” katanya. MG

Kerajaan Perpaduan lebih mantap jika Kit Siang tutup mulut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson

Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi? [VIDEO]

View Chin Dah Kahwin Dengan Penyondol@Mira

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker