Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa
Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa
Tidak sah zakat fitrah seseorang individu yang memakan beras mahal (beras basmathi) jika membayar kadar zakatnya berdasarkan beras biasa.
Menjelaskan perkara itu, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, sekiranya memakan beras mahal wajib seseorang itu membayar zakat berdasarkan apa yang dimakannya.
Sebagai contoh katanya, jika kadar zakat fitrah bagi mereka yang memakan beras basmathi adalah RM21 setiap seorang, maka wajib dia membayar dengan amaun tersebut.
“Manakala, jika seseorang itu makan beras mahal dan juga ada ketikanya makan beras murah, maka kena lihat yang mana dia lebih banyak makan.
“Jika lebih banyak makan beras mahal maka wajib zakat fitrah dibayar untuk beras yang mahal. Jika banyak yang murah, bayarlah mengikut kadar zakat beras murah.
“Bagaimanapun, jika dia ragu-ragu sama ada banyak makan yang mahal atau yang murah, adalah disunatkan bayar zakat fitrah dengan kadar yang mahal,” katanya pada satu sesi ceramah baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Azhar berkata, kita tidak sepatutnya berkira untuk membayar zakat fitrah kerana kadarnya adalah rendah dan ia adalah setahun sekali.
“Jika kita bayar zakat RM7, bagilah RM10 yang lebih itu kira sedekah kerana Allah simpan di sisiNYA sedekah itu jadi sebesar Gunung Uhud,”ujarnya. K Online
Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa
Baca Artikel Menarik:
- Ismail macam mahu perpecahan kerajaan perpaduan – Loke
- Sivakumar tak perlu direhatkan – Anwar
- Tiba-tiba Kit Siang mahu UMNO jadi kuat
- Tanggal baju, Siti Nuramira didenda RM8,000
- Nasi Kandar Sulaiman jadi fenomena
- Rumahtangga Zulin Aziz dalam gelora, beri bayangan akan bercerai
- Insiden Yana, Aliff Syukri, ini komen penerbit program
- Suami Yana belasah Aliff Syukri?
- Rupanya ‘Influencer’ Popular Dah Kahwin Dengan Penyondol
- Ini komen pedas Mira, Influencer yang dikatakan sebagai penyondol
- Sambut Raya Di Luar Negara, Status Iddah Puteri Sarah dipersoal
- Pekerja belasah pengarah projek sebab lewat bayar gaji
- Kenapa tindakan main mercun hanya pada Aidilfitri?
- Kasih Iris Leona tak minat langsung ‘mat saleh’, tetap cari lelaki Melayu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.