Lelaki bakar motosikal, skuter di KLCC ditahan

Lelaki bakar motosikal, skuter di KLCC ditahan

Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terbabit membakar 13 motosikal dan empat skuter elektrik di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang, petang semalam.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan selepas dikesan berada berhampiran lokasi kejadian sebelum kebakaran berlaku berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).



Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada jam 4 petang semalam yang dipadamkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

“Susulan kejadian, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi, membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan sebelum menahan lelaki terbabit beberapa jam selepas kejadian.

“Ketika penahanan, polis merampas sebuah motosikal jenis RS, serangkai kunci motosikal, satu helai baju, satu helai seluar, satu sarung tangan, satu beg, satu jam tangan dan satu pemetik api,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau berkata, suspek terbabit direman enam hari bermula hari ini hingga 19 April depan.



“Pada masa ini pihak polis menerima 10 laporan polis dari mangsa berhubung kejadian khianat ini serta masih menyiasat motif suspek,” katanya.

Semalam, tular rakaman video menerusi aplikasi media sosial mengenai kebakaran yang berlaku. BH

Lelaki bakar motosikal, skuter di KLCC ditahan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject



Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker