Ingatkan biawak rupanya buaya

Ingatkan biawak rupanya buaya

PUTATAN: Penghuni sebuah rumah di Kampung Ketiau, di sini, dikejutkan dengan kehadiran ‘tetamu tidak diundang’ iaitu seekor buaya sepanjang dua meter di depan rumah mereka, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, penghuni mulanya menganggap haiwan yang memasuki kawasan rumahnya itu adalah seekor biawak.



Mereka hanya menyedari ia sebenarnya buaya sebaik mendekati haiwan itu, sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu.

Difahamkan, buaya itu dipercayai datang dari sungai yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah pengadu.

Ketua Operasi APM Kota Kinabalu, Safaruddin Rusline, berkata, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi dan sebaik tiba, reptilia itu dilihat berada dalam kawasan rumah pengadu.

“Selepas 15 minit, buaya seberat 35 kilogram berjaya ditangkap dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi.



Reptilia berkenaan kemudian dibawa ke Pejabat APM Kota Kinabalu dan akan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah. BH

Ingatkan biawak rupanya buaya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saman Tetap Saman – Puteri Sarah

Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul



Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker