Puteri Sarah Tetap Menjadi Menantu Kesayangan – Yusof Haslam

Puteri Sarah Tetap Menjadi Menantu Kesayangan – Yusof Haslam

Puteri Sarah Tetap Menjadi Menantu Kesayangan – Yusof Haslam
Puteri Sarah Tetap Menjadi Menantu Kesayangan – Yusof Haslam

Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam akui reda dengan keputusan yang dibuat oleh anak dan menantunya iaitu Syamsul Yusof serta Puteri Sarah Liyana yang sepakat bercerai secara baik.

Yusof sayang Puteri Sarah

Puteri Sarah Tetap Menjadi Menantu Kesayangan – Yusof Haslam

Memetik Harian Metro, Yusof  berharap agar hubungannya dengan Puteri Sarah masih boleh dijaga dengan baik meskipun pasangan tersebut akan berpisah kelak. Malah Yusof dan isteri, Patimah Ismail terus mendoakan yang terbaik buat anak dan menantu mereka itu.



Walaupun sedih, Sarah sendiri ada alasan yang kuat dan dia tetap akan menjadi menantu kesayangan kami (Yusof dan Patimah). Syamsul pun jangan lupa tanggungjawab terhadap anak-anak.

Bila sudah jadi bekas isteri, kami harapkan hubungan mereka takkan terus keruh. Semoga mereka berdamai dan terus jalin silaturahim kerana kita pun tidak tahu apa boleh berlaku pada masa hadapan.

Itu kami serahkan kepada Tuhan namun yang penting biarlah segala krisis dan konflik mereka berakhir. Kalau keruh, nanti jadi tak sihat, jangan ada permusuhan pun.

Dalam pada itu, penerbit berusia 68 tahun itu berkata dia menghormati keputusan yang diambil oleh Syamsul dan Puteri Sarah.



Itu keputusan terbaik yang mereka ambil, kami hormat. Kami tak nak pilih kasih dan biarlah berada di tengah-tengah. Apapun, yang penting semoga ia takkan jejaskan hubungan dengan anak-anak.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam menetapkan 18 April ini untuk pengarah filem Munafik itu melafazkan cerai terhadap isteri, Puteri Sarah.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh tersebut selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian baik antara kedua-dua pihak.

Baca Artikel Menarik:

Baju cerai Puteri Sarah lagi cantik dari baju nikah Ira Kazar

Bagaimanapun terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh terbabit yang mana ia akan direkodkan. Antara terma tersebut adalah hadanah atau hak jagaan anak, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah sah sebagai suami isteri pada pada Mac 2014. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker