Zambry terima memo isu Palestin daripada Pemuda UMNO
Zambry terima memo isu Palestin daripada Pemuda UMNO
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengambil maklum segala usul yang dibawa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengenai isu Palestin.
Malahan, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada sayap parti berkenaan sentiasa cakna dengan isu tersebut dan mengulangi pendirian tetap kerajaan menentang keras sebarang keganasan dan kekejaman rejim Zionis yang seperti tiada kesudahan.
“Bahkan sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa Malaysia sentiasa konsisten dalam memperjuangkan setiap hak rakyat Palestin berpaksikan atas keadilan sejagat,” katanya selepas mengesahkan menerima memorandum tersebut yang diterima daripada Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh.
Rabu lalu, askar Israel menceroboh dan menyerang jemaah di Masjid Al-Aqsa sekali gus menyaksikan pasukan keselamatan rejim Zionis bertindak keterlaluan memukul dan menahan 400 jemaah konon dianggap sebagai pemberontak.
Susulan kejadian itu, kerajaan Malaysia dan beberapa negara Islam serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam keras perlakuan berkenaan yang tiada belas ihsan.
Mengulas lanjut, Zambry berkata, beliau amat berharap masyarakat antarabangsa dapat merungkai suatu penyelesaian yang berkekalan serta membela nasib rakyat Palestin.
“Seperti sebelum ini, saya juga telah beberapa kali bercakap mengenai isu ini termasuk sesi wawancara dengan pihak stesen penyiaran antarabangsa Al-Jazeera,” tambahnya.
Malaysia ujarnya, konsisten mengutuk tindakan tentera Israel yang jelas menyalahi undang-undang dengan mencabuli hak asasi manusia serta mencemarkan kesucian Al-Aqsa. Utusan
Zambry terima memo isu Palestin daripada Pemuda UMNO
Baca Artikel Menarik:
- Shila Amzah dedah jadi magsa dera
- Maya Karin jawab soal kahwin
- Ahirine dedah pelakon lelaki ajaknya jadi kekasih gelap
- Peserta ratu cantik tunggang motosikal takut terlewat
- Adakah Muhyiddin bodoh atau pura-pura bodoh
- Sanusi mengadu ada gerakan singkirkannya dari Majlis Kewangan Negara
- Penumpang pesawat dihalau keluar menangis teresak-esak
- Zahid batalkan semua projek Jana Wibawa berjumlah RM7.2 bilion
- Gaji diawalkan 14 April sempena Aidilfitri – Cueapacs
- Artis rambut merah berlagak Diva dibenci ramai
- Intan Najuwa sorok tunang
- Remy puji Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET