3 minggu selepas bernikah di hospital, isteri kesayangan dijemput Ilahi

Seorang lelaki di Indonesia berkongsi kisah sedih dia sempat bernikah dengan isterinya ketika wanita itu terlantar  di katil hospital sebelum meninggal dunia kira-kira tiga minggu kemudian, lapor laman berita Merdeka kelmarin.

Menurut lelaki itu yang dikenali sebagai Eko, isterinya meninggal dunia pada 13 Mac 2023 selepas mereka berkahwin pada 23 Februari lalu.

Berdasarkan video yang tular di laman TikTok, Eko berkongsi gambar pernikahan dia dan isterinya, Alfi.

Wanita berkenaan dikatakan menghidap keadaan Systemic Lupus Erythematosus (SLE) iaitu sejenis penyakit autoimun kronik yang menimbulkan keradangan pada anggota dan organ badan seperti sendi, kulit, buah pinggang dan otak.

Ketika majlis pernikahan tersebut, Eko dilihat menangis di samping Alfi semasa mereka dinikahkan dan membaca doa kesyukuran.

Video pasangan tersebut mendapat perhatian ramai dengan netizen memberikan pelbagai komen yang mengharukan.

“Kuasa cinta. Cinta hingga ke akhir hayat. Tetap kuat dan tabah,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Anak ND Lala terpaksa utus surat kepada bapa

Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker