MP Besut rasmikan mesin ATM, kena kecam teruk dengan netizen

MP Besut rasmikan mesin ATM, kena kecam teruk dengan netizen

Anggota parlimen Besut Che Mohamad Zulkifly Jusoh pada Jumaat melancarkan sebuah mesin pengeluaran wang ATM di kawasan parlimennya.

Mesin itu diletakkan di sebuah stesen minyak di kawasan parlimen di Terengganu itu bagi memudahkan penduduk setempat.

Katanya, penduduk Hulu Besut selama ini terpaksa pergi ke bandar Jerteh yang agak jauh untuk mengeluarkan wang.

“Semoga kemudahan ATM dapat membantu penduduk dan merancakkan lagi ekonomi di Hulu,” kata wakil rakyat PAS itu di Facebook.

Jarak dari Hulu Besut ke Jerteh kira-kira 35km atau 40 minit perjalanan.

Sementara itu, lain diharap lain pula yang dapat.

Acara itu menjadi perbincangan dan gelak ketawa sebahagian pengguna maya yang pelik dengan keadaan yang jarang-jarang berlaku itu.

Mereka berpendapat perkara itu aneh kerana mesin ATM sudah digunakan secara berleluasa di seluruh Malaysia, tidak seperti di era 90-an.

“Seriuslah, mesin ATM pon rasmi potong reben.

“Kita di zaman bila ni weh?” tulis seorang pengguna maya, seperti dilaporkan sebuah portal berita yang dikaitkan dengan Amanah.

Penggfuna maya juga menyindir acara itu yang kelihatan ‘bersungguh-sungguh’, siap dengan acara perasmian melalui pemotongan reben.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas Mohamad Zulkifly. Mk

MP Besut rasmikan mesin ATM, kena kecam teruk dengan netizen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Anak ND Lala terpaksa utus surat kepada bapa

Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker