Menteri yakin 10 lagi wakil rakyat Bersatu akan tinggalkan Muhyiddin, okong Kerajaan Madani

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk pembangkang kerana fokus utama kini adalah memastikan perpaduan rakyat dan pembangunan negara, kata Fahmi Fadzil.

Mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasa, 10 lagi Ahli Parlimen pembangkang akan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, jurucakap kerajaan itu menyifatkan ia tidak mustahil.

“Ketersediaan sama ada mereka ingin terlibat dalam blok kerajaan sebagai kerajaan perpaduan atau seperti yang telah disebut sejak dari tahun lalu duduk berunding, berbincang untuk mendapatkan peruntukan tapi lebih daripada itu lihat bagaimana kita boleh bekerjasama untuk membangunkan negara.



“Jadi apa yang disebut oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang itu bagi saya tidak mustahil kerana mungkin di pihak mereka telah tunggu terlalu lama dan disajikan mungkin janji-janji yang tidak dapat direalisasikan. Jadi kita tunggu (pengumuman),” kata menteri komunikasi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di Taman Sri Sentosa, Lembah Pantai.

Syed Hussin dalam sidang medianya dua hari lalu berkata, sokongan itu yang dijangka diisytihar sebelum pembukaan sesi Parlimen 26 Feb ini, akan melibatkan wakil rakyat khususnya Bersatu dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Melaka.

Beliau berkata, masalah kewangan adalah faktor utama kerana setiap Ahli Parlimen berjanji membela nasib rakyat di kawasan masing-masing namun selepas lebih setahun, tiada bantuan diberikan oleh parti.



Setakat ini, Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Anwar ialah Syed Hussin, Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Sementara itu, mengulas kenyataan Anwar mengenai ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen untuk memilih hanya satu pencen sebagai memenuhi tanggungjawab moral, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berpendapat perkara itu adalah wajar dan beliau yakin semua yang terlibat sedia bersama dengan saranan perdana menteri.

Bagaimanapun, beliau berkata sebarang pindaan perlu diteliti dan dibawa ke Parlimen terlebih dahulu memandangkan ia tertakluk kepada akta tertentu.

“Sekiranya tidak berlaku satu penyesuaian dari segi cara kita membuat pembayaran (pencen) ini, ia akan mendatangkan kesan yang cukup negatif kepada kewangan negara dalam tempoh 10, 20 tahun akan datang.



“Oleh itu saya lihat untuk wakil rakyat mengikut saranan perdana menteri tidak menjadi masalah tapi ia adalah terkandung dalam perbincangan yang lebih besar mengenai perbelanjaan negara, kebertanggungjawaban fiskal dan juga kajian semula skim saraan penjawat awam,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker