Laporan SPRM dedahkan Zaharah berbohong dalam surat?

Apa yang rakyat sangat tidak berpuas hati adalah tindakan lepas tangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan “tiada campur tangan politik” sebagai cara untuk membiarkan Datuk Seri Najib dinafikan perbicaraan yang adil.

Laporan SPRM dedahkan Zaharah berbohong dalam surat?

Oleh Norzahira

RATA-rata rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi pada Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka melihat bagaimana mahkamah dilihat kebal tanpa batasan. Rakyat memerhati cara Najib dianiaya.



Ironinya pemimpin tertinggi negara mengambil sikap tidak campur tangan politik dalam urusan mahkamah walaupun mereka sendiri dapat melihat bagaimana mahkamah dieksploitasi oleh pihak lain untuk bersikap bisu dan pekak kepada perbicaraan yang adil kepada Negarawan ulung Najib Razak.

Memetik hantaran Lim Sian See yang mendedahkan Laporan SPRM, beliau mempersoalkan samada mantan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya Zaharah binti Ibrahim telah berbohong dalam suratnya (kiri).

Menurut Lim Sian See:



1. Mahathir dan Tommy langgar Akta JAC 2009 untuk lantik Zaharah binti Ibrahim sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya biarpun jawatan tidak kosong dan biarpun Zaharah hanya tinggal tempoh 9 bulan sebelum perlu bersara secara mandatori.


Baca Artikel Menarik:


2. Zaharah angkat sumpah pada 17 Julai 2018 dan bersara pada Mei 2019.

3. Tugas pertama Zaharah setelah dilantik ialah tukar hakim kes SRC Najib iaitu Hakim Sofian pada 24 Julai 2018 biarpun kes sudah berjalan dengan Hakim Nazlan biarpun Hakim Nazlan langsung tiada pengalaman kes jenayah (disahkan laporan SPRM).



4. Perenggan 3.5 dalam laporan SPRM yang minta Maimun ambil tindakan ke atas Hakim Nazlan telah dedahkan bahawa TIGA lagi hakim pernah diminta oleh pihak yang masih tidak diketahui untuk ambil alih kes dari Hakim Sofian tetapi ketiga-tiga telah menolak.

Setelah tiga hakim menolak, barulah Hakim Nazlan disuruh ambil alih kes tersebut dan beliau menerima biarpun dia langsung tidak ada pengalaman kes jenayah dan biarpun ini adalah kes paling berprofil tinggi dalam negara.

5. Maka jawapan dalam surat Zaharah binti Ibrahim bertarikh 3 Ogos 2018 bagi membalas surat peguam Najib Tan Sri Shafee bahawa itu merupakan pertukaran biasa hakim adalah bohong dan sekadar satu usaha untuk menyembunyikan pemilihan hakim secara tidak sah bagi kes SRC.


Baca Artikel Menarik:

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



6. Laporan SPRM bahawa tiga hakim sebelum ini pernah diminta dan menolak untuk ambil alih kes SRC adalah satu petunjuk bahawa PILIH KASIH DALAM PEMILIHAN HAKIM secara manual (ataupun forum/judge shopping) telah berlaku.

INi ADALAH SANGAT SANGAT SALAH sebab pemilihan hakim bagi mana-mana kes sepatutnya dilakukan secara automatik oleh sistem agar tiada tuduhan bahawa hakim-hakim yang lebih cenderung kepada pihak tertentu ditugaskan dengan sengaja untuk mengenakan pihak tertentu.

7. Jika hakim yang ditugaskan sebuah kes berpendapat mereka tidak sesuai maka mereka perlu menawarkan untuk menarik diri di mahkamah terbuka. Bukan menolak secara rahsia setelah diminta secara rahsia seperti dinyatakan dalam perenggan 3.5 laporan SPRM.



8. Peranan Nazlan sebagai Hakim Bicara (trial judge) adalah sangat penting sebab rayuan di mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan adalah bergantung kepada perbicaraan di bawah Nazlan.

Jika peranan Nazlan, pelantikan Nazlan serta perbicaraan bawah Nazlan boleh diragui maka kedua-dua keputusan Mahkamah Rayuan dan Persekutuan perlu ditolak ke tepi dan tidak lagi sah.


Baca Artikel Menarik:

Rakan Shila Amzah isteri muda ND Lala




Sebenarnya kredibiliti Nazlan sememangnya diragui dari awal memandangkan wujudnya konflik kepentingan ketika menjadi hakim kes SRC International.

Apa yang rakyat sangat tidak berpuas hati adalah tindakan lepas tangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan “tiada campur tangan politik” sebagai cara untuk membiarkan Datuk Seri Najib dinafikan perbicaraan yang adil.

Anwar dilihat tidak ada kesungguhan untuk membetulkan sistem keadilan negara. Momokan “tiada campur tangan politik” dieksploitasi oleh pihak lain untuk PM bersikap bisu dan pekak kepada perbicaraan adil.

Hujah Hakim Besar Sabah dan Serawak yang memihak kepada Najib amat mengejutkan dan membuka mata ramai pihak. Menurut beliau, “Jika sistem tidak dapat menyediakan perbicaraan adil, lebih baik dia tidak dibicarakan sama sekali.”

Kerajaan bertanggungjawab jelaskan kepada rakyat rakyat adakah laporan kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan adalah tulen atau palsu? Jika tulen, apa tindakan kerajaan? Ini bukan campur tangan politik. Ini berkenaan lakukan tindakan yang betul pada masa yang tepat.

Laporan SPRM dedahkan Zaharah berbohong dalam surat?

 

Telekung solat Datuk Seri Vida ibarat khemah bergerak – Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker