Anak Tetak Bapa Hingga Mati Sebab tidak Beri Wang Beli Rokok

Anak Tetak Bapa Hingga Mati Sebab tidak Beri Wang Beli Rokok

Gara-gara tidak diberi wang untuk membeli rokok, seorang lelaki tergamak menetak bapa kandungnya sehingga mati menggunakan parang.

Suspek iaitu Fadhil Azhari berusia 25 tahun yang berang dengan bapanya, Otriman,63, bertindak memukul kepala mangsa hingga jatuh sebelum mengambil sebilah parang lalu menetak leher mangsa sebanyak empat kali. Kejadian kejam itu berlaku di ruang tamu rumah mereka di Desa Tanah Merah, Indonesia.



Menurut Ketua Polis Siak Hulu, Zainal Ariffin, kejadian tersebut terbongkar selepas jiran tetangga terdengar perbalahan antara dua beranak itu sebelum melihat suspek menyeret mangsa keluar dari rumah.

Menurut saksi, suspek telah melarikan diri menaiki motosikalnya namun berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dua jam kemudian. Mereka kemudian menyerahkan suspek kepada pihak polis.

Semasa soal siasat, suspek memberitahu bahawa dia bukanlah anak kandung mangsa sebaliknya anak angkat yang dipelihara keluarga mangsa sejak kecil. Siasatan juga mendapati, suspek tidak bekerja dan sering meminta wang daripada bapanya. Apabila permintaannya tidak ditunaikan, suspek akan mengamuk.
Sumber: Hot Grid

Anak Tetak Bapa Hingga Mati Sebab tidak Beri Wang Beli Rokok



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker