Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis

Tangkap layar menunjukkan seorang pengantin wanita menuntut kebenaran untuk berkahwin dengan kekasihnya di sebuah balai polis di India baru-baru ini. – Foto Twitter/@DeepikaBhardwa

Satu kejadian berlaku selepas pengantin perempuan yang baru berkahwin tiba di sebuah balai polis di India bagi mendapatkan kebenaran untuk berkahwin dengan kekasihnya, lapor portal berita Odishatv.in semalam.

Video itu  tular di media sosial dan menunjukkan seorang pengantin perempuan yang baru  berkahwin dilihat membuat kecoh di dalam sebuah balai polis dan menuntut untuk mengahwini kekasihnya.

Dia didengari berkata: “Saya akan melakukan dua perkahwinan.”

Ketika kejadian, pengantin perempuan itu nampaknya berada di bawah pengaruh alkohol.



Dia juga  melemparkan kertas dan telefon bimbit, manakala seorang konstabel wanita di situ cuba mengawalnya.

Bagaimanapun, pengantin perempuan  yang memakai sari berwarna merah dan keemasan itu kemudiannya diseret ke dalam sebuah bilik oleh salah seorang konstabel wanita.

Video itu dikongsi di laman Twitter oleh Deepika Narayan Bhardwaj dan setakat ini telah mendapat lebih 39,000 tontonan.

Sementara itu, segelintir netizen menyebelahi pengantin perempuan dan menyalahkan keluarganya kerana memaksanya berkahwin. – Agensi



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz



Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker