Nenek berusia 106 tahun penghias muka depan Vogue

 

Kulit muka depan majalah Vogue edisi April yang memaparkan wajah Apo Whang-Od berusia 106 tahun di Filipina. – Foto Artu Nepomuceno/Vogue Philippines

MANILA – Majalah Vogue di Filipina menyiarkan gambar seorang nenek berusia 106 tahun, Apo Whang-Od sebagai penghias muka depan edisi Aprilnya sekali gus orang tertua pernah menghiasi kulit majalah berkenaan, lapor portal berita CNN semalam.

Whang-Od juga dikenali sebagai Maria Oggay, menyempurnakan seni tatu pada tubuhnya sejak dia masih remaja.

Menetap di sebuah kampung di pergunungan Buscalan, Whang-Od dianggap sebagai ahli tatu tradisional Kalinga paling tua di Filipina.

Suatu ketika dahulu, tatu yang diketuk dengan tangan pada tubuh wanita itu hanya menggunakan batang buluh, duri pokok limau, air dan arang batu.

“Digembar-gemborkan sebagai mambabatok (pelukis tatu tradisional) terakhir dalam generasinya, Whang-Od telah mencetak simbol suku Kalinga yang mewakili kekuatan, keberanian dan kecantikan pada kulit beribu-ribu orang yang melawat Buscalan,” kata Vogue Filipina.

Sebelum kemunculan Whang-Od di Vogue Filipina, rekod model tertua muka depan majalah itu dipegang oleh pelakon Judi Dench pada 2020 pada usia 85 tahun. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker