Sokong kepimpinan baharu, Sulaiman beritahu rakyat Melaka
Adun Lendu yang melepaskan jawatan sebagai ketua menteri berterima kasih kepada rakyat Melaka atas sokongan diberikan selama ini.
Sokong kepimpinan baharu, Sulaiman beritahu rakyat Melaka
Sulaiman Md Ali menyeru rakyat Melaka terus memberikan sokongan dan kerjasama terbaik kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri yang baharu, sama seperti diterimanya selama ini.
Beliau yang melepaskan jawatan sebagai ketua menteri, turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat negeri itu atas segala sokongan, pandangan, cadangan mahupun kritikan sepanjang melaksanakan amanah diberikan.
“Hari ini, sempena sayyidul ayyam, adalah hari terakhir saya memegang amanah mengetuai dan memimpin pentadbiran kerajaan negeri Melaka sebagai ketua menteri Melaka ke-12 bermula dari 9 Mac 2020 yang lepas.
“Di kesempatan ini, saya ingin menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Melaka atas segala sokongan, dokongan, pandangan, cadangan mahupun kritikan yang diberikan sepanjang melaksanakan amanah tersebut.
“Saya menyeru dan merayu kepada rakyat Melaka agar dapat terus memberikan sokongan dan kerjasama yang terbaik kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri yang baharu, sama seperti diberikan kepada saya sebelum ini,” kata Adun Lendu itu di Facebook.
Sulaiman, 58, mengangkat sumpah jawatan kali pertama sebagai ketua menteri pada Mac 2020 selepas Barisan Nasional (BN) bersama rakan sekutu mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan (PH).
Beliau kemudian dilantik semula sebagai ketua menteri selepas BN menang besar dalam PRN Melaka pada 20 Nov 2021.
Pada Selasa, beliau mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai ketua menteri atas faktor kesihatan.
Terdahulu, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan beliau mencadangkan Adun Tanjung Bidara Ab Rauf Yusoh sebagai calon ketua menteri Melaka yang baharu.
Rauf dijadual mengangkat sumpah sebagai ketua menteri hari ini di hadapan Yang di-Pertua Melaka Mohd Ali Rustam. FMT
Sokong kepimpinan baharu, Sulaiman beritahu rakyat Melaka
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Parti lain tak minta pun pemimpin letak jawatan lepas kalah PRU
Baca Artikel Menarik:
- Bank Rakyat umum dividen 15 peratus
- Sah Rauf Ketua Menteri Melaka
- ‘Awat jadi lagu tu’, Sanusi dakwa majlis buka puasa anak Kedah ‘diganggu’
- Afiq Muiz Gantung Isteri Tak Bertali Sejak 2021 – Peguam
- Ummi Nazeera Teruk ‘Dibelasah’ (Video)
- Hafidz sudah ke Hospital Bahagia
- Peniaga ikan buntal boleh dipenjara 5 tahun
- Puteri Sarah Gelak Besar Netizen Kata Syamsul Yusof ‘Sponsor’ RM1 Juta Cuti Di Tokyo [VIDEO]
- Lelaki dera, bakar anjing
- Tular anggota disyaki ambil suapan, polis jalankan siasatan
- 4 beradik maut selepas berbuka puasa, rumah didiami terbakar
- Pujuk tak mahu, rujuk pun tak mahu, wanita akhirnya kena tetak
- Netizen Syak Cinta Ameera Khan Dengan Jefri Nichol Kembali Terjalin?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.