Najib sengaja tidak dibebaskan?
Walaupun kecewa dengan keputusan mahkamah namun penyokong Najib Razak tetap berdoa bekas perdana menteri itu akan bebas.
Najib sengaja tidak dibebaskan?
Beberapa penyokong Najib Razak ditemui di luar Mahkamah Persekutuan sedih dan kecewa apabila permohonan bekas perdana menteri itu untuk menyemak sabitan dan hukumannya dalam kes rasuah SRC International ditolak.
Jailani Othman, 59, berkata ini kerana beliau mengikuti kes bekas Ahli Parlimen Pekan itu sejak awal dan secara peribadi merasakan keputusan dibuat sebelum ini tidak telus.
Dia yang datang dari Pekan, Pahang, bersama penyokong Najib lain bagaimanapun tetap berdoa satu hari nanti pemimpin disayanginya itu akan dibebaskan daripada penjara.
“Sedih dengan keputusan hari ini sebab kita ikuti dari awal kes Najib ini,” katanya.
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk menyemak sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International.
Ini bermakna bekas perdana menteri itu akan menjalani baki tempoh penjara 12 tahunnya, melainkan beliau mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.
Panel lima hakim dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak pembelaan Najib dan pendakwaan selama enam hari antara 19 Jan dan 28 Feb.
Penyokong Najib yang ditemui FMT kebanyakannya memaklumkan mereka bertolak dari Pekan, seawal jam 12 tengah malam tadi.
Dianggarkan penyokong Najib yang hadir lebih 100 orang dengan menaiki lima bas dan ada juga menaiki kenderaan persendirian dari Pekan.
Seramai 12 ibu tunggal dari Pekan turut menunggu dengan penuh semangat di luar Mahkamah Persekutuan dengan memakai baju sedondon berwarna ungu, seawal 7 pagi tadi.
Sementara itu, penyokong Najib yang lain, Badariah Adam dan Mustafa Mahsuri turut sedih dan kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini.
Bagaimanapun, mereka masih berharap Najib dibebaskan.
“Kita akan terus berdoa supaya Najib lepas. Kita sayang dia (Najib) sebab dia ‘Bossku’,” katanya.
Seorang penyokong setia Bossku, Fauzreen mempersoalkan adakah kerajaan sekarang sengaja mahu Bossku terus di dalam penjara kerana mereka takut kehilangan kerusi yang diduduki sekarang? “Apakah alasan yang kepimpinan tertinggi UMNO nak beri”, soalnya lagi.
Pada 28 Julai 2020, Najib disabitkan oleh Hakim Nazlan Ghazali, yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi, atas kesalahan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) ke atas dana SRC berjumlah RM42 juta.
Rayuannya kepada Mahkamah Rayuan ditolak pada 8 Dis 2021.
Najib mula menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022, selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya.
Najib sengaja tidak dibebaskan?
Baca Artikel Menarik:
- Bank Rakyat umum dividen 15 peratus
- Sah Rauf Ketua Menteri Melaka
- ‘Awat jadi lagu tu’, Sanusi dakwa majlis buka puasa anak Kedah ‘diganggu’
- Afiq Muiz Gantung Isteri Tak Bertali Sejak 2021 – Peguam
- Ummi Nazeera Teruk ‘Dibelasah’ (Video)
- Hafidz sudah ke Hospital Bahagia
- Peniaga ikan buntal boleh dipenjara 5 tahun
- Puteri Sarah Gelak Besar Netizen Kata Syamsul Yusof ‘Sponsor’ RM1 Juta Cuti Di Tokyo [VIDEO]
- Lelaki dera, bakar anjing
- Tular anggota disyaki ambil suapan, polis jalankan siasatan
- 4 beradik maut selepas berbuka puasa, rumah didiami terbakar
- Pujuk tak mahu, rujuk pun tak mahu, wanita akhirnya kena tetak
- Netizen Syak Cinta Ameera Khan Dengan Jefri Nichol Kembali Terjalin?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.