Menteri Komunikasi teruk dikecam, tak faham kerja wartawan

 

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengundang kecaman kesatuan wartawan selepas dia tidak berpuas hati dengan siaran Facebook media yang memetik penganalisis sebagai menjangkakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan naik dalam beberapa bulan ini.

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) berkata laporan Berita Harian mengenai isu itu merupakan laporan lazim yang biasa dibuat oleh agensi dan portal media.

Setiausaha agung NUJM Teh Athira Yusof dalam satu kenyataan berkata sudah menjadi kelaziman juga buat agensi media menguar-uarkan laporan mereka di media sosial.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab berhubung media, Fahmi seharusnya maklum dengan amalan lazim ini di mana media akan membuat laporan berdasarkan pandangan dan ramalan pakar dalam industri.

“Tindakan Fahmi melekehkan laporan Berita Harian, yang disiarkan dan dipautkan ke Facebook, dan kenyataannya menyifatkan laporan itu sebagai penipuan boleh memberi persepsi negatif terhadap media,” katanya.

Terdahulu, Fahmi yang juga ahli parlimen Lembah Pantai membidas siaran Facebook Berita Harian Online yang tertera kenyataan “OPR dijangka naik sekali lagi seawal Julai”.

Dalam kenyataan di Facebook, Fahmi berkata siaran Facebook Berita Harian Online itu menjadi fitnah terhadap Bank Negara dan kerajaan.

“Saya akan jumpa pengurusan BH hari ini, insya-Allah,” kata menteri itu.

Pada ruangan komen siaran Facebook itu, Fahmi turut menegaskan bahawa rencana yang dipautkan pada siaran itu adalah pandangan penganalisis dan bukannya keputusan bank negara ataupun kerajaan.

Berita Harian Online wajib betulkan dan jelaskan,” katanya lagi.

Sementara itu, NUJ Semenanjung Malaysia mempersoalkan kebebasan media yang dijanjikan kerajaan baru.

“Di mana kebebasan media yang dijanjikan kerajaan baru jika menteri media melabel laporan oleh media tempatan mengenai ramalan kewangan sebagai ‘fitnah’?

NUJM berharap menteri berkenaan boleh lebih memahami laporan yang dihasilkan media tempatan yang sebagai sumber berita yang boleh diharap, dipercayai dan kredibel,” katanya.

Dalam perkembangan sama, kumpulan hak wartawan dan pengamal media, Gerakan Media Merdeka (Geramm Malaysia) menyifatkan tindakan Fahmi secara terbuka melabelkan siaran berkenaan sebagai “fitnah” adalah bentuk ancaman terhadap kebebasan media.

Kata Geramm, tindakan itu juga tidak selari dengan janji-janji kebebasan media yang sering diucapkan sebelum ini.

“Sebaliknya, menteri yang turut merangkap jurucakap kerajaan, boleh mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan sebarang laporan dalam mana-mana media sekiranya dianggap perlu.

“Perlu diingatkan sebarang kenyataan terbuka dari pihak menteri terutama di media sosial boleh membuka ruang untuk serangan peribadi (doxxing) terhadap media atau wartawan berkenaan,” katanya.

Dalam kenyataan susulan selepas pertemuan dengan pihak pengurusan Berita Harian Fahmi berkata dia tiada masalah dengan laporan berkenaan.

Namun, katanya, siaran Facebook laporan itu “jauh berbeza” kerana memberi gambaran seolah-olah Bank Negara atau kerajaan telah membuat keputusan.

“Ini tidak benar dan tidak adil kepada Bank Negara dan kerajaan.

“Pengurusan BH faham apa yang saya maksudkan dalam hal ini dan telah bersetuju untuk membetulkan post tersebut. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan pengurusan di atas kerjasama ini.

“Kami juga sempat bertukar pandangan tentang isu kebebasan media, etika kewartawanan, serta cabaran ekonomi yang dihadapi industri,” katanya.

Fahmi berkata bahawa dia menghormati dan akan sentiasa pertahankan hak serta kebebasan media, namun menambah bahawa teguran perlu dibuat jika wujud salah faham yang boleh menimbulkan fitnah.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker