9 tentera Amerika terbunuh

Black Hawk terhempas

9 tentera Amerika terbunuh

FORT CAMPBELL: FORT CAMPBELL: Seramai sembilan askar terbunuh dalam nahas yang membabitkan dua helikopter Black Hawk di Kentucky.

Jurucakap Fort Campbell, Nondice Thurman, berkata mangsa meninggal dunia dalam kejadian malam tadi di barat daya Kentucky, ketika kedua-dua helikopter sedang menjalani latihan biasa.

Kenyataan dari Fort Campbell mengatakan dua helikopter HH-60 Black Hawk, sebahagian daripada Divisyen Udara ke-101, terhempas kira-kira jam 10 malam di Trigg County, Kentucky.

Sementara itu, 101st Airborne mengesahkan nahas itu berlaku kira-kira 48 kilometer barat laut Fort Campbell.

Punca nahas masih dalam siasatan.

“Buat masa ini, tumpuan kami ialah askar dan keluarga mereka yang terbabit,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Gabenor Kentucky, Andy Beshear, berkata pasukan kecemasan dan polis sedang mengeluarkan mangsa yang dijangka sudah tidak bernyawa.

“Nahas berlaku dekat kawasan berhutan.

“Pada masa ini, tiada laporan kerosakan kediaman,” kata Polis Kentucky State, Trooper Sarah Burgess kepada media.

Fort Campbell terletak berhampiran sempadan Tennessee, kira-kira 97 kilometer barat laut Nashville dan nahas berlaku di Trigg County, Kentucky, yang didiami komuniti Cadiz.

Seorang penduduk, Nick Tomaszewski, yang tinggal kira-kira satu kilometer dari tempat nahas itu berlaku, berkata beliau melihat dua helikopter terbang melintasi bumbung rumahnya dan seketika terhempas. BH

9 tentera Amerika terbunuh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Korek hidung batal puasa?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker