Sulaiman Md Ali minta kakitangannya beri perkhidmatan terbaik kepada Rauf

Sulaiman Md Ali yang melepaskan jawatan ketua menteri Melaka berkuatkuasa esok, meminta semua kakitangan pejabatnya di Seri Negeri supaya tidak sedih tetapi sebaliknya memberikan perkhidmatan terbaik kepada penggantinya.

“Saya tidak sedih untuk meninggalkan jawatan ini (ketua menteri), saya tidak sedih untuk meninggalkan kerusi yang empuk di tingkat empat Seri Negeri ini.

“Tetapi saya sedih untuk meninggalkan semua kakitangan saya yang baik, cemerlang dalam perkhidmatan serta sentiasa jujur dan amanah dalam menjalankan tugas,” katanya yang dipetik portal Berita Harian pada hari terakhir memasuki pejabatnya, hari ini.



Sulaiman dilaporkan turut menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan ringkas itu.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, hari ini mengesahkan parti itu sudah menghantar nama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh, sebagai ketua menteri yang baharu.

Sementara itu, beberapa pemimpin pembangkang mendakwa Sulaiman terpaksa tunduk kepada kehendak pihak tertentu, walaupun tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan.

Dalam kenyataan media, ketua parti Pejuang Melaka Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh berkata bahawa penjelasan Adun Lendu itu penting sedangkan BN mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.



“Penjelasan perlu diberikan oleh Sulaiman mengapa beliau meletak jawatan ketua menteri semalam. Timbul persoalan apabila BN mempunyai majoriti secara tiba-tiba berlaku perletakan jawatan.

“Ini mengesahkan desas desus bahawa berlaku pergolakan di dalam pimpinan BN Melaka semenjak Sulaiman mengangkat sumpah sebagai ketua menteri selepas BN menang besar di PRN negeri Melaka

“Saya melihat dengan perletakan jawatan Sulaiman menunjukkan bahawa BN semenjak memenangi PRN Melaka, agenda mereka bukanlah untuk rakyat tetapi sebaliknya memenuhi nafsu kerakusan kuasa diri sendiri,” katanya.

Adun Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof, dari Perikatan Nasional (PN) pula mendakwa Sulaiman enggan melepaskan jawatannya tetapi terpaksa akur kepada pihak tertentu.



“Dalam kalangan mereka (Umno) ada sikap tamak untuk merebut kuasa. Saya dengar ramai tidak setuju dengan perubahan ini tetapi masing-masing tidak dapat melakukan apa-apa,” kata dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, wakil rakyat PN itu mendakwa kestabilan politik yang dilaungkan pemimpin Barisan Nasional (BN) Melaka sebelum ini hanyalah mitos.

Pada 29 Mac, lalu Zahid berkata dia sudah menerima surat perletakan jawatan daripada Sulaiman.

Namun, sehingga kini, Sulaiman belum menyatakan secara rasmi alasan di sebalik tindakannya itu.



Isu pertukaran kepimpinan Melaka mula hangat beberapa bulan selepas kemenangan besar BN pada PRN pada 20 November 2021.

Pada 27 Mac lalu, Ahmad Zahid mengesahkan struktur pentadbiran kerajaan Melaka akan berubah susulan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat negeri itu tidak lama lagi.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan angkat sumpah jawatan, taat setia serta sumpah simpan rahsia dijadualkan berlangsung di Dewan Sri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri pada jam tiga petang.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Korek hidung batal puasa?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker