Panglima Zahid calon Ketua Menteri Melaka

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara Ab Rauf Yusoh dicalonkan sebagai ketua menteri Melaka yang baru.

“Saya telah memutus warkah kepada Tuan Yang Terutama Melaka untuk menerima peletakan jawatan Sulaiman.

“Dengan ini parti mencadangkan melalui warkah itu Datuk Seri Rauf sebagai ketua menteri yang baharu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Majlis Pembangunan PKS Usahawan Nasional (NESDC).



Ditanya sebab peletakan jawatan itu, Zahid berkata Sulaiman bertindak demikian susulan isu kesihatan, tanpa menghuraikan lanjut.

Terdahulu Setiausaha Kerajaan Negeri Zaidi Johari berkata ketua menteri baru akan mengangkat sumpah jawatan esok susulan peletakan jawatan Adun Lendu Sulaiman Md Ali.

Istiadat pengurniaan sura tcara pelantikan dan angkat sumpah jawatan, taat setia serta sumpah simpan rahsia dijadualkan berlangsung di Dewan Sri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri pada jam tiga petang.

Spekulasi pertukaran ketua menteri negeri itu mula dilaporkan media sejak semalam susulan tular maklumat mengenai istiadat mengangkat sumpah jawatan melibatkan Rauf.



Isu pertukaran pemimpin negeri itu mula hangat beberapa bulan selepas kemenangan besar BN pada pilihan raya negeri pada 20 November 2021.

Pada 27 Mac lalu, Zahid mengesahkan struktur pentadbiran kerajaan Melaka akan berubah susulan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat negeri.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada



Korek hidung batal puasa?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker