1 mesin CT Scan bagi sejuta penduduk Seberang Perai

1 mesin CT Scan bagi sejuta penduduk Seberang Perai

Seorang senator dari Pulau Pinang kesal dengan tekanan yang dihadapi kakitangan perubatan di negeri itu dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang berkesan selain memberi amaran berkenaan kekurangan jururawat dan peralatan kesihatan.

Dr RA Lingeshwaran dari DAP berkata, sesetengah hospital tidak mempunyai peralatan yang diperlukan manakala beberapa hospital lain, mempunyai peralatan tetapi tidak mempunyai bilangan jururawat yang mencukupi untuk mengendalikannya.

Memetik kes di Seberang Perai Pulau Pinang, bekas pengarah Hospital Sungai Bakap itu berkata terdapat empat hospital awam yang menyediakan perkhidmatan kepada kira-kira sejuta pesakit tetapi hanya sebuah hospital yang mempunyai mesin imbasan tomografi berkomputer (CT).

Memandangkan mesin imbasan CT hanya terdapat di Hospital Seberang Jaya, pesakit dari hospital awam di Sungai Bakap, Bukit Mertajam dan Kepala Batas terpaksa dibawa dengan ambulans untuk imbasan CT di Seberang Jaya.

“Keadaan bertambah buruk apabila mesin ini tidak berfungsi. Apabila ini berlaku, pesakit perlu dihantar ke hospital di Kulim atau Pulau Pinang. Saya difahamkan terdapat kira-kira 9,000 pesakit di Hospital Bukit Mertajam dan Sungai Bakap memerlukan perkhidmatan ini setiap tahun,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Lingeshwaran berkata kekurangan jururawat juga menyebabkan beberapa dewan pembedahan (OT) di dua hospital tidak dapat digunakan, menyebabkan pesakit menunggu lama untuk pembedahan elektif.

“Disebabkan kekurangan ini, hanya dua daripada empat OT di Hospital Kepala Batas boleh berfungsi pada satu-satu masa manakala hanya satu daripada tiga OT di Hospital Bukit Mertajam boleh digunakan setiap kali.

“Kami mempunyai pakar bedah dan pegawai perubatan yang mencukupi tetapi tidak jururawat dan kakitangan perubatan lain,” tambahnya.

Senator itu juga menegaskan terdapat 14 katil unit rawatan rapi (ICU) baharu yang lengkap dengan peralatan perubatan terkini di Hospital Kepala Batas tetapi ia tidak dapat digunakan kerana kekurangan jururawat.

Lingeshwaran menggesa menteri kesihatan menyelesaikan kelemahan ini demi rakyat, sambil menambah bahawa jururawat dan paramedik adalah tulang belakang kepada sistem perubatan negara.

Beliau berkata masalah ini boleh diatasi sekiranya peruntukan bajet untuk sektor penjagaan kesihatan adalah antara 4% hingga 6% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi sesebuah negara seperti yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Walaupun peruntukan untuk sektor itu meningkat daripada RM32.4 bilion tahun lepas kepada RM36.3 bilion tahun ini, ia hanya 2% daripada KDNK. Perbelanjaan komprehensif dan inklusif untuk sektor ini amat penting kerana setiap sektor adalah sektor kesihatan,” katanya. FMT

1 mesin CT Scan bagi sejuta penduduk Seberang Perai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rintihan hati Ali Puteh

Diana peroleh hadanah interim dua anak

Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker