Buah zakar lelaki Thailand pecah disondol kerbau

SEORANG penternak lelaki dikejarkan ke hospital dengan buah zakar yang pecah setelah disondol kerbau sendiri. – Matichon

 

BANGKOK – Seorang penternak kerbau di wilayah Buriram, timur laut Thailand, dikejarkan ke hospital selepas diserang seekor kerbau sehingga menyebabkan buah zakarnya pecah, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Lelaki itu dilaporkan cuba meleraikan pergaduhan antara dua kerbaunya apabila seekor kerbau itu merempuh dengan kuat sehingga menyebabkan buah zakar mangsa pecah,  paha cedera dan dadanya lebam.

Mangsa yang berlumuran darah, ditemui terbaring hanya 30 meter dari kandang kerbaunya sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Penternak berusia 40 tahun itu meminta namanya dirahsiakan. Dia membeli kerbau jantan berusia dua tahun itu seminggu lalu dan menamakannya sebagai Pao.

Dia mengurung Pao bersama seekor kerbau jantan lain, Kluay, manakala kedua-duanya seusia. Bagaimanapun, dua kerbau itu tidak bergaul antara satu sama lain.

Penternak itu berkata, dia membesarkan Kluay sejak ia berusia enam bulan dan kerbau itu sentiasa berkelakuan baik. Bagaimanapun, Kluay  tidak menyukai Pao.

Lelaki itu cuba membuat dua kerbau itu berkawan dengan mengikat Pao dan Kluay secara berdekatan semasa meragut rumput tetapi kedua-dua haiwan itu tetap bergaduh.

Dalam kejadian itu, Kluay yang tidak pernah bertindak agresif dilaporkan merempuh pemiliknya sehingga menyebabkan kecederaan kritikal.

Pasukan penyelamat dipanggil untuk membantu mangsa. Mereka berhati-hati mengangkat lelaki itu ke atas pengusung dan membawanya ke Hospital Nang Rong di Buriram. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker