Khairuddin dilantik penasihat agama TPM secara pro bono

Khairuddin dilantik penasihat agama TPM secara pro bono

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno Mohd Khairuddin Aman Razali dilantik sebagai penasihat agama kepada Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut sumber, lantikan berkenaan dibuat secara pro bono.



“Beliau berkhidmat sebagai penasihat agama tanpa gaji, berkuatkuasa 20 Mac,” kata sumber.

Pelantikan itu menjadikan beliau seorang lagi pemimpin politik dilantik sebagai penasihat menteri secara pro bono.

Terdahulu Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikritik beberapa pihak kerana melantik anaknya Nurul Izzah, sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan, dengan beberapa pengkritik berkata ia `berbau’ nepotisme.

Pengkritik berkata, walaupun lantikan itu secara pro bono tetapi ia mendedahkan kerajaan perpaduan pada serangan pembangkang.



Khairuddin merupakan bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi.

Pada PRU15, beliau bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Nerus sebagai calon BN bagaimanapun tewas kepada Alias Razak dari PAS. FMT

Khairuddin dilantik penasihat agama TPM secara pro bono

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah



Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker