Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Bung Moktar dilantik semula

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.

Lantikan semula itu diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO semalam.

Bung Moktar berkata, lantikan semula itu adalah satu amanah besar yang perlu digalas bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO di Sabah.

“Sesungguhnya jawatan ini datang dengan tanggungjawab dan amanah yang besar untuk membantu memimpin parti bersama-sama Presiden, Timbalan Presiden dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi.

“Kepercayaan serta amanah yang diberikan ini akan digalas sepenuhnya dengan memberikan keutamaan untuk memperkukuhkan perpaduan dalam parti khususnya di Sabah yang akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka kurang dua tahun dari sekarang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menyarankan semua ahli UMNO untuk bersatu dalam sebuah keluarga besar bagi membolehkan UMNO meraih semula kepercayaan rakyat.

Menurut beliau, mungkin ada pihak yang kecewa semasa pemilihan parti baru-baru ini namun, kini tiba masa untuk kembali bersatu.

“Marilah kita saling memaafkan. Era baharu dalam UMNO mesti kita mulakan dengan semangat baharu. Jangan abaikan perjuangan parti sekiranya kita mahu dilihat sebagai sebuah parti yang berwibawa,” katanya.

Jelas beliau, tumpuan kini harus diberi kepada usaha memperkukuhkan jentera parti di semua peringkat agar tiada pihak memperlekehkan kewujudan parti yang telah menyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri selepas PRN Sabah 2020.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.

Antara pemimpin UMNO Sabah yang turut dilantik ke jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) termasuk Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk Mohd. Asnol Ayub; Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin dilantik sebagai Ketua Sektretariat Kelab UMNO Luar Negara; Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching dilantik menjadi Ketua Sekretariat Pertanian Perladangan dan Komoditi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Yakub Khan menjadi Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Sabah.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker