Harimau Malaya baham Turkmenistan
Harimau Malaya baham Turkmenistan
ISKANDAR PUTERI: Skuad Harimau Malaya mengotakan janji untuk mencipta kemenangan apabila menewaskan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi
Jaringan tunggal Akhyar Rashid pada babak pertama membuktikan kemenangan skuad Harimau Malaya 3-1 ke atas Turkmenistan pada aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023, 8 Jun lalu bukan sekadar nasib, malah aksi yang dipamerkan skuad kendalian Kim Pan Gon pada aksi persahabatan antarabangsa itu tampak lebih bertenaga.
Pada pertembungan itu agak menarik apabila Pan Gon seolah-olah mahu`menyimpan’ Arif Aiman Hanapi untuk aksi kedua menentang Hong Kong, Selasa ini selepas tidak tersenarai dalam kesebelasan utama mahupun di bangku simpanan, sebaliknya mempertaruhkan gandingan Paulo Josue dan Endrick Dos Santos mengemudi jentera tengah.
Seawal minit kedua, anak didik Mergen Orazov mengundang cemas gawang Harimau Malaya selepas bola rembatan deras Resul Hojayev sipi sebelah kiri gol tuan rumah yang hampir menewaskan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.
Walaupun Turkmenistan hanya tiba sehari sebelum perlawanan namun mereka membentuk corak permainan pantas dan sekali lagi hampir mengundang gol pada minit ke-11 tetapi sempat dihalang Ahmad Syihan ketika Ruslan Mingazov hampir menyambar peluang terhidang.
Hanya pada minit ke-23, baru Harimau Malaya mula menguji gawang Turkmenistan apabila bola sepakan sudut Faisal Halim tepat kepada Paulo Josue yang menanduk bola tepat ke gawang namun penjaga gol, Rasul Charyyev sempat menepis bola keluar.
Selang tiga minit kemudian, sepakan percuma Harimau Malaya yang disepak oleh kapten Dion Cools dari jarak 20 meter menyaksikan Charyyev bertindak cemerlang melayangkan badan untuk menepis bola keluar.
Namun Charyyev akhirnya tertewas pada minit ke-29 apabila bola lorongan Corbin Ong membuka ruang buat Akhyar yang berjaya melepasi dari kawalan pertahanan Turkmenistan di posisi sayap kiri sebelum menyusup masuk ke dalam kotak dan pantas melencongkan bola ke sudut kiri gawang untuk meletak Harimau Malaya mendahului 1-0.
Bersambung babak kedua, Pan Gon membuat pertukaran apabila memasukkan Nooa Laine yang meraih kap pertamanya bagi menggantikan Dos Santos untuk mengemudi jentera tengah.
Ketika aksi memasuki minit ke-48, Harimau Malaya terlepas peluang terbaik menambah gol selepas bola sepakan lintang Faisal membolehkan Akhyar yang tidak dikawal melakukan sepakan akrobatik tapi bola sempat ditampan Charyyev.
Sekali lagi tuan rumah kecewa apabila hasrat untuk menambah jaringan gagal dijelmakan pada minit ke-62 selepas bola yang ditanduk Laine memberi ruang buat Faisal yang melakukan sepakan `voli’ tapi hanya sipi di sebelah kiri gawang ketika Charyyev sudah tertewas.
Malang buat Faisal yang masih kebuntuan jaringan selepas memiliki dua percubaan berturut-turut pada minit ke-72 berjaya dinafikan Charyyev yang bertindak cemerlang bagi mengelak gawangnya dibolosi dan kedudukan 1-0 yang memihak Harimau Malaya kekal sehingga tamat perlawanan. BH
Harimau Malaya baham Turkmenistan
Baca Artikel Menarik:
- Orang Islam di Johor boleh lawat rumah ibadat agama lain – Sultan Ibrahim
- Rohana dah kembalikan wang AS$10 juta ke belum?
- Johari dilantik Pengerusi Majlis Ekonomi, Kewangan dan Pelaburan UMNO
- Najib bagi peluang TH untung, PH gelar bailout, memalukan
- Bapa tembak mati bekas kekasih anak perempuan kaki pukul
- Tok Mat ketuai jentera pilihan raya UMNO
- Rupanya dia cuma tiang kayu sepanjang jadi PM4
- Shahrizat kembali dalam pentadbiran UMNO
- Zahid umum tiga pengerusi baru Umno negeri
- Masjid Ibnu Sina terbakar, jemaah tak sempat solat tarawih [VIDEO]
- Bapa tangisi pemergian anak ‘dimakan tayar treler’ di ambang Ramadan
- Farid Kamil nak jumpa anak, ada pihak panggil polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul
You must be logged in to post a comment.