Siasatan Jana Wibawa, Zafrul akan dedahkan segalanya

 

Tengku Zafrul Abdul Aziz sedia memberikan kerjasama penuh sekiranya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung bantuan rangsangan Covid-19 semasa pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Menerusi media sosial, menteri kewangan pada zaman PN menjadi kerajaan itu menegaskan tiada apa-apa yang mahu disembunyikannya.



“Ada media tanya saya mengenai Jana Wibawa. Tiada apa yang perlu disembunyikan dan saya sentiasa bersedia untuk memberi keterangan jika diminta berbuat demikian.

“Kerjasama penuh akan saya berikan,” katanya dalam satu ciapan di Twitter malam tadi.

Kenyataan dibuat senator itu berlaku selepas Muhyiddin menegaskan semalam bahawa Jana Wibawa adalah program yang dicadangkan oleh menteri kewangan ketika itu untuk membantu kontraktor bumiputera semasa pandemik Covid-19 yang terjejas teruk.

Pada sidang media semalam, Muhyiddin menjelaskan dia dipanggil SPRM bagi memudahkan siasatan sebagai saksi sebaliknya bukan suspek berhubung program Jana Wibawa untuk kontraktor bumiputera di bawah pentadbirannya.



Dia juga menegaskan pegawai penyiasat SPRM tidak menyoalnya berhubung dakwaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa pentadbirannya sebelum ini menyalahgunakan berbilion ringgit.

“Tak ada dengan RM600 billion langsung tak tanya saya. RM530 billion atau RM86 bilion atau RM4.5 billion,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen derma darah di Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur, pagi semalam.

Kenyataan Muhyiddin itu dibuat selepas SPRM merekodkan keterangannya berhubung siasatan ke atas akaun bank Bersatu yang telah dibekukan.

Dia juga mendedahkan ada mendengar bahawa SPRM akan memanggil Tengku Zafrul untuk membantu siasatan berhubung projek Jana Wibawa.



Selain Muhyiddin yang juga pengerusi PN, beberapa pemimpin kanan Bersatu lain juga pernah disoal siasat SPRM sebelum ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu turut menegaskan SPRM menyoalnya semata-mata berhubung projek Jana Wibawa menunjukkan bahawa dakwaan Anwar terhadapnya bertujuan untuk mencemarkan nama baik.

Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kelulusan bagi projek pembangunan luar bandar bernilai RM5.7 bilion di bawah program Jana Wibawa telah dihentikan sementara sehingga prosedur perolehan dan perbelanjaan yang ditetapkan oleh Perbendaharaan dipatuhi.

Ahmad Zahid berkata, Kementerian Kewangan yang turut diketuai Anwar mahu menyemak sama ada mereka dianugerahkan projek itu mengikut proses perolehan dan keperluan tadbir urus.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain



Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker