Bersahur hanya lauk telur, ikan masin
BATU PAHAT – Mangsa banjir di sini hanya makan telur goreng, ikan masin dan sayur kacang untuk bersahur kerana tak sempat membuat persediaan menyambut Ramadan ekoran baru dibenarkan pulang dari pusat pemindahan sementara (PPS) kelmarin.
Norhasanah Kassan Basseri, 32, berkata, dia dan tujuh ahli keluarganya ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Telok di Parit Yaani di sini selama 21 hari dan tidak sempat untuk menjenguk rumah kerana dinaiki air sebelum mula surut sejak tiga hari lalu.
Katanya, keadaan rumahnya masih berselerak apabila dimasuki air pada paras dada orang dewasa yang menyebabkan peralatan hanyut di dalam rumah.
“Saya hanya cari kelengkapan yang ringkas untuk masak keperluan bersahur. Apa yang ada hanyalah telur, sayur di belakang rumah juga hampir mati ditenggelami air.
“Banjir ini yang kedua berlaku sejak banjir besar pada 2007 hingga memaksa kami menginap di PPS selama dua bulan,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Andin di sini semalam.
Sementara itu, jiran Norhasanah, Kasmah Karim, 64, yang tinggal bersama seorang anak perempuan dan lima orang cucunya amat bersyukur selepas dibenarkan balik..
Ujarnya, tumpuan sekarang adalah untuk membersihkan rumah yang boleh diumpamakan seperti ‘kapal karam’ selepas dimasuki air kira-kira sedalam 3 meter.
“Untuk bersahur cukup sekadar ikan kering serta telur ayam kicap sebagai juadah kerana tidak sempat menyediakan apa-apa selepas lebih menumpukan untuk mencuci rumah,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Orang Islam di Johor boleh lawat rumah ibadat agama lain – Sultan Ibrahim
- Rohana dah kembalikan wang AS$10 juta ke belum?
- Tanggungjawab moral saya untuk beritahu Anwar dibayar RM15 juta
- Johari dilantik Pengerusi Majlis Ekonomi, Kewangan dan Pelaburan UMNO
- Najib bagi peluang TH untung, PH gelar bailout, memalukan
- Bapa tembak mati bekas kekasih anak perempuan kaki pukul
- Tok Mat ketuai jentera pilihan raya UMNO
- Rupanya dia cuma tiang kayu sepanjang jadi PM4
- Shahrizat kembali dalam pentadbiran UMNO
- Zahid umum tiga pengerusi baru Umno negeri
- Masjid Ibnu Sina terbakar, jemaah tak sempat solat tarawih [VIDEO]
- Bapa tangisi pemergian anak ‘dimakan tayar treler’ di ambang Ramadan
- Farid Kamil nak jumpa anak, ada pihak panggil polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul
You must be logged in to post a comment.