Pakar beri amaran trend berbahaya tutup mulut guna pita pelekat semasa tidur

ORANG ramai menggunakan pita pelekat semasa tidur kerana tidak mahu bernafas melalui mulut. – hellas

WASHINGTON – Seorang pakar kesihatan memberi amaran mengenai trend yang tular di platform media sosial TikTok yang memaparkan orang ramai menutup mulut mereka menggunakan pita pelekat semasa tidur pada waktu malam, lapor United Press International (UPI) semalam.

Sebilangan individu melakukan perkara demikian ketika tidur untuk mengelakkan bernafas melalui mulut pada waktu malam.

“Jika anda mengalami apnea tidur obstruktif (gangguan pernafasan ketika tidur), perbuatan ini boleh menjadi sangat berbahaya.

“Terdapat bukti terhad tentang faedah menutup mulut semasa tidur dan anda perlu berbincang dengan perunding kesihatan sebelum mencubanya,” kata profesor bersekutu perubatan klinikal di University of Southern California Keck School of Medicine, Dr. Raj Dasgupta kepada stesen penyiaran CNN.



Sebilangan individu tidak mengetahui bahawa mereka menghidap apnea tidur. Mereka yang mengalaminya akan berhenti bernafas berulang-ulang kali pada waktu malam.

Menurut satu kajian pada 2019, lebih 1 billion orang dewasa di seluruh dunia berusia antara 30 hingga 69 tahun berkemungkinan menghidap penyakit itu dan berjuta-juta lagi, malah tidak didiagnosis.

Antara alasan yang diberikan untuk trend tersebut adalah mahu tidur dalam keadaan yang cantik.

Pernafasan mulut secara umum boleh mengakibatkan seseorang berdengkur, dahaga, mulut kering dan nafas berbau pada waktu pagi.



Individu boleh mencegah pernafasan melalui mulut dengan cara yang lebih selamat iaitu tidak tidur dalam posisi telentang, katanya.

“Pada pendapat saya, menutup mulut semasa tidur tidak mungkin membantu anda untuk tidur dengan lebih lena,” kata Dasgupta. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’



Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker