Anwar gesa OIC tegas tangani isu Islamofobia

Anwar gesa OIC tegas tangani isu Islamofobia

JEDDAH: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengambil langkah tegas dalam menangani isu Islamofobia.

Beliau berkata, pandangan itu antara yang disuarakannya secara peribadi ketika menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha dan delegasinya di sini, hari ini.

“Islamofobia ialah sikap melampau benci dan anti-Islam yang tidak munasabah, tidak siuman kerana dia mengambil sikap yang agak benci kepada semua penganut Islam dan memandang rendah, menghina agama dan pegangan umat.

“Jadi kita menyatakan harus ada kesediaan di peringkat antarabangsa (dalam soal ini),” katanya selepas kunjungan hormat itu yang turut disertai Menteri Luar, Zambry Abdul Kadir serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Anwar dan delegasi tiba di Jeddah hari ini bagi lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi.

Beliau turut memberi jaminan Malaysia akan terus memainkan peranan, bukan saja sebagai anggota aktif OIC, malah antara negara pengasas pertubuhan itu dalam menangani pelbagai isu dihadapi umat Islam seluruh dunia.

“Manakala pihak Turki bersama Malaysia akan bersama-sama dalam usaha mengetengahkan isu Islamofobia supaya difahami dan jangan kita biarkan serangan beberapa kelompok di barat yang benci pada agama, tapi kita harus mengambil sikap memberi jawapan tegas.”

Selain itu, beliau turut membangkitkan isu Palestin dengan menyatakan komitmen Malaysia untuk terus menyokong perjuangan hak warganya, selain mahu kerjasama rapat Malaysia dan OIC dalam hal berkenaan.

Dalam pertemuan itu, Anwar berkata, beliau turut melaporkan usaha dan kesediaan Malaysia dalam membantu isu di selatan Thailand dengan meningkatkan kerjasama dengan kerajaan Thailand serta isu umat Islam di selatan Filipina.

“Seperti mana juga di selatan Filipina, Mindanao. Bila perbincangan saya dengan Presiden, Ferdinand R Marcos Jr ini kita laporkan supaya pihak OIC dapat mendengar sendiri tentang langkah-langkah kita cuba selesaikan masalah, membantu Filipina dan umat Islam yang sekarang diberi kuasa sementara.”

Selain itu, katanya, OIC memaklumkan beberapa langkah telah diambil, umpamanya kerajaan Arab Saudi akan mengadakan persidangan wanita peringkat antarabangsa untuk menekankan kepentingan pendidikan wanita. FMT

Anwar gesa OIC tegas tangani isu Islamofobia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker