Zul Yahya Ceburi Bidang Perniagaan, Buka Pasar Raya Sendiri

Selepas pendakwah Ustaz Ebit Lew, kini pelakon Zul Yahya pula menceburkan diri dalam perniagaan pasar raya.

Sejak beberapa hari lalu, Zul sudah mula berkongsi tentang persiapan pembukaan pasar raya miliknya yang diberi nama Zulyahya Mart itu di Instagram.

Menurut Zul, perniagaan memerlukan usaha, tawakal dan doa yang tidak pernah putus.

“Kami belum baik, baru belajar korbankan sikit-sikit untuk perkara baik. Doakan kami semoga dapat mendidik diri dan keluarga digerakkan agar sentiasa korbankan diri, masa dan harta untuk kehidupan agama.

“Berniaga perlukan usaha, tawakal dan doa yang tak putus-putus, Insya-Allah,” tulisnya menerusi sebuah entri.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Zul memberi sokongan dan mendoakan kejayaan untuk perniagaannya itu.

Ada juga yang berbangga kerana lebih ramai warga tempatan tampil untuk memajukan ekonomi perniagaan Islam.

Alhamdulillah dan Tahniah kepada Pelakon Zul Yahya & Isteri selamat lahirkan Anak ke 6 (Lelaki)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker