Tips kekal cergas berpuasa

Tak Mahu Lembik Sepanjang Berpuasa, Amalkan Tips Ini, Nak Beribadat Pun Tak Terganggu

Tips kekal cergas berpuasa

Tidak lama lagi umat Islam akan menunaikan salah satu daripada Rukun Islam iaitu berpuasa di Bulan Ramadhan. Walaupun berpuasa memberi banyak manfaat tetapi pastikan anda tidak menjejaskan kesihatan. Jadi, artikel kali ini kami kongsikan tips penting bulan Ramadhan anda perlu tahu dan amalkan supaya badan kekal cergas dan sihat.

TIPS PENTING BULAN RAMADHAN

1. Jangan sahur selewat yang mungkin

Bukanlah waktu azan baru nak ambil tapi paling dekat dengan imsak. Mitos paling biasa kita dengar adalah makan tengah malam ini kira sahur sekali lah.

Oh tidak! Itu bukan sahur ya. Keberkatan sahur pun tiada, body readiness pun 0.

2. Jangan minum terlalu banyak kafein

Masa sahur pastikan minum air kosong atau produk tenusu. Kafein tak sesuai diamalkan kerana anti diuretics (tarik air keluar).

Nanti tak sempat berbuka, dehidrasi terus badan. Ingat, sekurang-kurangnya 2 hingga 3 gelas air kosong sebelum makan dan selepas makan.

3. Ambil makanan tinggi protein

Pastikan anda mengambil makanan tinggi protein semasa sahur dan elakkan refined carbs (High Glycemic Index) seperti nasi putih, tepung dan sebagainya.

Ini akan menyebabkan anda cepat lapar. Belum pukul 12, dah macam zombi kelaparan. Kalau tak ada pilihan tak apa, boleh ambil makanan tinggi fibre dan protein untuk rendahkan GI semula.

4. Waktu berbuka

Do’s- makan buah kurma 1 atau 3 biji. Kemudian solat Maghrib dulu! Biar badan mencerna makanan secara perlahan-lahan dan baru berbuka ambil makanan lain.

Dont- Jangan amalkan bila dengar azan terus makan tanpa henti tak pandang kiri kanan.

MANFAAT KURMA

– Kurma mengandungi fibre, Vitamin B6 yang bertanggungjawab untuk satiety feeling (kenyang).

– Kurma tinggi potassium (Kalium). Waktu puasa memang dahaga sangat. Kurma boleh seimbangkan electrolytes balik secara perlahan.

– Tinggi fruktosa dan glukosa. Tenaga replenish dengan kadar yang segera.

SENAMAN

Lakukan senaman mengikut kondisi badan masing-masing. Dinasihatkan agar senaman dilakukan ketika menghampiri waktu berbuka, buat senaman indoor dan periksa bacaan gula dalam darah sebelum melakukan sebarang senaman.

Solat Tarawih juga dikira sebagai senaman ringan yang mampu mengurangkan 1 hingga 2 unit postpandrial glukos.
Selamat berpuasa! SL

Tips kekal cergas berpuasa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker