Pejabat Menteri Besar Perak diarah tutup selepas kakitangan positif COVID-19

IPOH: Pejabat Menteri Besar Perak diarah ditutup sementara selepas seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.

Dalam satu kenyataan, jurucakapnya berkata, proses sanitasi telah dijalankan di pejabat yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan itu sebagai langkah keselamatan manakala pegawai serta kakitangan diarah menjalani kuarantin kendiri.

“Bahagian lain di bangunan terbabit pula telah beroperasi selepas kerja-kerja sanitasi selesai dijalankan pada 2 petang tadi,” kata jurucakap berkenaan dalam kenyataan itu.

Menurut jurucakap itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak berada di pejabat dalam tempoh berkenaan kerana menghadiri sidang Dewan Rakyat di ibu negara.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker