Lebih 40,000 penolong pegawai perubatan diperlukan menjelang 2025

Lebih 40,000 penolong pegawai perubatan diperlukan menjelang 2025

Negara memerlukan seramai 44,804 penolong pegawai perubatan (PPP) menjelang 2025 dengan mengambil kira jangkaan 36 juta penduduk pada tahun tersebut, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.

Berucap merasmikan Hari Pembantu Perubatan ke-12 2023 peringkat kebangsaan di Kementerian Kesihatan (KKM), beliau berkata, bilangan PPP dalam negara ketika ini ialah 23,329 orang dengan nisbah 1:1,400 berbanding populasi penduduk.



“Kekurangan PPP menyebabkan peningkatan beban kerja, PPP sedia ada bekerja lebih masa dan secara tidak langsung ia boleh menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Lukanisman berkata, perbincangan antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan sentiasa diadakan untuk memastikan isu perjawatan tetap dapat diselesaikan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Dalam pada itu, beliau berkata, bilangan PPP atau pembantu perubatan memiliki ijazah masih kecil iaitu kurang daripada 10% dan sasaran KKM adalah 75% menjelang 2030.

Menurut Lukanisman, beberapa sesi libat urus telah diadakan antara cawangan perkhidmatan PPP dan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dengan beberapa universiti awam dan swasta untuk membuka peluang pendidikan program ijazah kepada mereka.



Ketika ini, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Terbuka Malaysia telah menjalankan program khusus di peringkat ijazah bagi PPP.

Lukanisman turut berkata, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi persidangan ‘The Global Association of Clinical Officers and Physician Associates’ di Putrajaya Jun depan. FMT

Lebih 40,000 penolong pegawai perubatan diperlukan menjelang 2025

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]



Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker