Abim ziarah Dalai Lama

Bincang isu Islamophobia dan Uyghur

Abim ziarah Dalai Lama

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan aktivis NGO pelbagai agama mengadakan pertemuan dengan pemimpin kerohanian Buddha, Dalai Lama di Dharamsala, India, semalam.

Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata mereka membangkitkan isu Islamophobia, perubahan iklim dan dakwaan penindasan terhadap masyarakat Uyghur di China.



“Pihak Abim turut menyuarakan pendirian untuk bersama membela setiap golongan yang ditindas atas nama kemanusiaan termasuk Uyghur.

“His Holiness Dalai Lama menyatakan bahawa ‘saya rasa sakit dan sedih bila mendengar sahabat-sahabat Uyghur yang dizalimi’,” katanya.

Mereka turut menghadiah dan memakaikan “Songkok Abim” kepada Dalai Lama sebagai simbol keutuhan hubungan kedua-dua pihak.

Abim juga menghadiahkan al-Quran terjemahan Inggeris, buku Islam and Buddhism Eco Dialogue serta buku-buku lain terbitannya.



“Semoga ia memberi manfaat buat umat seluruhnya,” katanya.

Dalai Lama sebelum ini pernah menyokong program Abim dengan tampil secara atas talian. Mk

Abim ziarah Dalai Lama

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator



Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker