3 anak Najib Razak antara penerus legasi kepimpinan keluarga dalam UMNO
3 anak Najib Razak antara penerus legasi kepimpinan keluarga dalam UMNO
Kesinambungan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak diteruskan apabila tiga anaknya terpilih menjawat jawatan dalam pemilihan UMNO kali ini.
Anak sulungnya, Datuk Mohd Nizar Najib, 45, dipilih sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan, yang dulunya diketuai Najib hampir 40 tahun.
Mohd Nizar memperoleh 771 undi menewaskan Bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Pekan sesi 2013 hingga 2018, Asmayudin Uyub yang memperoleh 89 undi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya dan EXCO Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang itu menggantikan Khairuddin Mahmud yang memegang jawatan itu bagi penggal lalu selepas Khairuddin tidak bertanding pada pemilihan kali ini.
Sementara itu, seorang lagi anak Najib, Datuk Mohd Nazifuddin menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi selepas menewaskan Nor Saidi Nanyan dengan majoriti tipis 12 undi.
Bagaimanapun, beliau gagal dalam cubaan jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO.
Mengulas mengenai kemenangannya, beliau mengakui sebagai anak beliau berbangga dapat meneruskan kesinambungan kepemimpinan bapanya dalam UMNO.
“Banyak yang ingin saya teruskan atas usaha bapa untuk Langkawi dan saya berterima kasih kepada perwakilan di bahagian ini yang memberi ruang dan peluang terutama saya pemimpin dalam golongan muda,” katanya.
Usaha bermula sekarang
Seorang lagi anak Najib, Nooryana Najwa atau lebih dikenali sebagai Yana menang Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai dan tersenarai calon menang dalam barisan jawatan EXCO Puteri.
Pemilihan kali ini adalah yang pertama menyaksikan pencalonan Yana selepas bapanya tidak lagi menjadi Presiden parti.
Yana berkata, beliau bangga menjadi sebahagian daripada komuniti yang menghargai semangat perjuangan parti dan meneruskan legasi bapanya.
Katanya, tanggungjawab itu perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen dan usaha perlu dilaksanakan bermula sekarang.
“Insya-Allah Yana tidak akan mengecewakan anda dan Yana akan sentiasa bersama anda. Puteri perlukan segala idea dan bakat adik Puteri,” katanya.
Selain anak Najib, beberapa anak bekas pemimpin parti itu turut meneruskan legasi kepimpinan bapa dan ibu mereka.
Turut tersenarai dalam barisan kepemimpinan di bahagian dan Pusat serta sayap parti, anak Presiden UMNO, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid yang dipilih dalam barisan EXCO Wanita UMNO.
Nurul Hidayah memperoleh undi kedua terbanyak bagi jawatan EXCO Wanita UMNO Pusat dengan memperoleh 330 undi dalam pemilihan
Namun, di Bahagian Bagan Datuk beliau tewas kepada Zainab Samsudin merebut jawatan Ketua Wanita.
Nama lain termasuk anak Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Reena Awliyatul Imani yang memenangi jawatan EXCO Puteri UMNO; anak Menteri Besar Perak, Syahir Shaarani menang Ketua Pemuda Bahagian Gerik, anak bekas Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak, Datuk Seri Rahayu Tajuddin dipilih Ketua Wanita bahagian berkenaan.
Percubaan seorang lagi anak Tajuddin, Dr Faizal merebut jawatan Ketua Bahagian Pasir Salak tidak berjaya apabila tewas kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun.
Anak bekas Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Afiq Amani Annuar menang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian.
Sokongan penyokong ibu bapa
Mengulas kemenangan anak pemimpin dan bekas kepemimpinan UMNO pada pemilihan UMNO, Pensyarah Kanan Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, kemenangan itu sedikit sebanyak atas faktor sokongan penyokong ibu dan bapa mereka.
“Namun, langkah meneruskan legasi kepemimpinan ini bukan satu yang luar biasa. Ia berlaku dalam mana-mana tamadun dan di seluruh dunia.
“Legasi kepemimpinan dan keluarga dalam politik bukan satu yang aneh, di India ada legasi Mahatma Ghani, manakala di Filipina ada keluarga Marcos dan Aquino,” katanya. BH
3 anak Najib Razak antara penerus legasi kepimpinan keluarga dalam UMNO
Baca Artikel Menarik:
- Senarai penuh MKT bagi Pemilihan UMNO Sesi 2023/2026
- 54 ketua bahagian UMNO muka baharu
- Pengurus syarikat Fazura didakwa berdepan hukuman penjara, sebat, denda
- Mahathir jangan bermain api, nanti terbakar negara sendiri
- Noh Salleh ditegur mencarut setiap masa atas pentas
- Little Miss Khan – Pakai Baju rona kulit melekap di badan
- Populariti Mierul Aiman memdadak
- Isteri rasa bahagia selepas suami jalin hubungan sulit
- Mimi Lana dah bersedia
- Beberapa kerat orang – Tan Sri, tauke besar rancang gugat kerajaan – Anwar
- Kenyataan media Syed Mokhtar
- Keputusan pemilihan isyarat Umno sedia berubah – penganalisis
- Hadi diingatkan jangan lupa hadir sidang Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.