Bayaran dividen diteruskan walau cagar KWSP – Anwar

Bayaran dividen diteruskan walau cagar KWSP – Anwar

Pembayaran dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pencarum akan diteruskan walaupun mereka menggunakan simpanan sebagai cagaran kepada bank, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Umpamanya RM50,000 sebagai pinjaman, tetapi dividen itu akan diberikan sepenuh ikut kumpulan asal. Jadi tidak dipotong (dividen),” katanya di Dewan Rakyat, ketika waktu pertanyaan menteri.

Anwar yang juga menteri kewangan menjawab soalan Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) yang bertanya adakah kaedah cagaran itu melanggar Akta KWSP dan sama ada perdana menteri mendapatkan nasihat peguam negara.

Beliau berkata cadangan itu tidak bercanggah dengan Akta KWSP dan kerajaan telah mendapatkan nasihat daripada KWSP dan peguam negara.

Katanya, beliau difahamkan kesan terhadap KWSP “sangat minimum” kerana badan itu merasakan pulangan dapat diperolehi dalam beberapa tahun.

Sebelum ini Anwar mengumumkan cadangan membolehkan pencarum KWSP yang terdesak menggunakan simpanan sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

KWSP dalam kenyataan berkata, ia sedang menilai dan memperincikan kaedah terbaik bagi melaksanakan kemudahan “penggunaan baki caruman dalam Akaun 2” sebagai “sokongan untuk membuat pinjaman peribadi”. FMT

Bayaran dividen diteruskan walau cagar KWSP – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker