TMJ cari pemain wanita JDT

TMJ cari pemain wanita JDT

Selepas mendominasi bola sepak kategori lelaki, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mahu melebarkan sayap mereka dalam bola sepak kategori wanita pula.

Ini selepas pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Twitternya mengesahkan mereka sedang dalam perancangan untuk menubuhkan pasukan wanita JDT.

“Memang dalam perancangan. Ada sesiapa nak main untuk pasukan wanita JDT?,” tulisnya.

Tunku Ismail berkata demikian ketika menjawab mengenai harapan pemain bola sepak wanita kebangsaan, Steffi Sidhu yang mengimpikan kelab gergasi Liga Malaysia itu akan menubuhkan sebuah pasukan wanita JDT.

Sebagai rekod, Tunku Ismail sebelum ini pernah mendedahkan mahu memiliki pasukan wanita di bawah pengendalian kelabnya sendiri sebagai kemajuan dalam dunia sukan.

Tunku Ismail menjelaskan perkara itu akan direalisasikan selepas kelab JDT mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi menampung dua pasukan bola sepak bagi mewakili negeri Johor.

Jika harapan itu dapat dilaksanakan kemungkinan besar penyokong bola sepak tanah air boleh melihat kebangkitan skuad wanita negara di peringkat antarabangsa. BH

TMJ cari pemain wanita JDT

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker