MUDA beri peringatan kepada PH, putuskan segera

Setelah berbulan-bulan dibiarkan dalam tanda tanya berhubung permohonan untuk menyertai Pakatan Harapan, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menuntut jawapan berhubung status permohonan partinya itu.

Dia berkata meskipun Muda telah membuktikan kesetiaan dan berdiri bersama Pengerusi PH Anwar Ibrahim sebelum, semasa dan selepas pilihan raya umum ke-15, ahli parlimen Muar dua penggal itu berkata tiada jawapan yang jelas sehingga hari ini.

“Saya secara peribadi telah bertemu dengan perdana menteri, juga untuk membincangkan perkara ini.

“Kami (Muda) dimaklumkan sebelum ini bahawa isu ini akan dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PH tapi sekarang saya rasa dah tiga mesyuarat (berlalu) dan kami masih belum mendapat respons.

“Kita menghormati rakan-rakan kami dalam PH dan kerajaan… apa-apa pun jawapan yang mereka berikan… tapi apa yang kita inginkan sekarang adalah kami perlukan jawapan supaya ada kemuktamadan untuk proses ini,” tegasnya  kepada pemberita ketika di bangunan Parlimen hari ini.

Enggan membuat sebarang tafsiran berdasarkan layanan PH terhadap Muda apabila ditanya mesej yang cuba disampaikan, Syed Saddiq berkata adalah lebih baik sekiranya soalan itu ditujukan kepada pimpinan dalaman PH.

Menurutnya, pertemuan bukan sahaja dilakukan bersama presiden PKR, tetapi juga pimpinan tertinggi dari parti komponen PH lain – Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke serta pimpinan dari pelbagai peringkat.

“Pertama sekali, pimpinan Muda telah pun berusaha sedaya upaya untuk merapatkan saf dengan pimpinan kerajaan bersama parti-parti komponen PH dan buktinya kita telah utuskan tiga surat dari masa ke semasa untuk menyelesaikan masalah ini secara dalaman.

“Surat-surat itu amat jelas menyatakan kami berminat untuk tahu apakah jawapan kepada permohonan kami untuk sertai PH… dan ini kita bukan buat baru ya, dah lama dah,” katanya yang memberitahu bahawa penantian itu sudah lebih dari enam bulan.

“…dan sebelum PRU, kami diberitahu bahawa kami tidak boleh sertai kerana ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) sebelum itu di bawah menteri yang berbeza, yang tidak membenarkan permohonan kami untuk sertai (PH). Tapi kerajaan sekarang kerajaan baru,” katanya dengan nada kecewa.

Pada Sept lalu, hasrat Muda untuk menyertai gabungan itu dikatakan telah terlambat untuk memproses permohonan parti itu bersama PH.

Anwar kemudian pada Okt dilaporkan berkata PH dan Muda akan bekerjasama dalam PRU15.

Pada masa sama, berkata majlis presiden memutuskan ia akan diteruskan sebagai pakatan pilihan raya pada ketika itu kerana menurut ahli parlimen Port Dickson itu ia perlu mendapat kelulusan daripada ROS untuk menjadi parti komponen PH.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq mengulangi bahawa dia tidak mengharapkan sebarang jawatan. Sebaliknya, berharap supaya menjadi sebahagian daripada pembuat keputusan dalam isu melaksanakan dasar-dasar dan menentukan masa depan negara.

“(Kerajaan telah memimpin) sudah berapa bulan.. empat, lima bulan? Saya tak nampak sesiapa dalam Muda buat bising.

“Dan sekiranya mereka buat bising, saya sudah katakan bahawa kita perlu hormati, perlu sedar yang kerajaan ini ditubuhkan berdasarkan cara pelbagai, berbeza dan luar jangkaan.

“Maka dengan itu, kami menghormati hak prerogatif perdana menteri untuk membuat keputusan, dan pasukan (kerajaan) telah dibentuk, tugas saya dan tugas Muda ialah menyokong,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung Muda Amir Hariri Abd Hadi memberitahu Malaysiakini bahawa parti itu sekali lagi diketepikan daripada mesyuarat sekretariat kerajaan perpaduan yang membincangkan berhuung enam pilihan raya negeri akan datang.

Ini merupakan kali kedua Muda diketepikan daripada mesyuarat sekretariat parti pemerintah, selepas mesyuarat pertama pada 7 Feb, yang diadakan di tempat yang sama.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker