Insiden Lau, alasan ‘terbaik’ dari Iszuree

Insiden Lau, alasan ‘terbaik’ dari Iszuree

Seorang pemimpin PAS tempatan yang terbabit dalam insiden Presiden Gerakan Dominic Lau didakwa diminta meninggalkan ceramah Perikatan Nasional (PN) di Pulau Pinang awal bulan ini “menyalahkan” sudut video diambil wartawan, yang menurutnya menimbulkan kekeliruan.

Setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim berkata, suasana ketika itu agak bising, menyebabkan beliau terpaksa bercakap pada nada tinggi.

“Kesempatan itu diambil oleh wartawan untuk ‘mencederakan’ hubungan kami,” katanya yang kali pertama menjelaskan situasi sebenar insiden di ceramah di Sungai Dua pada 1 Ogos itu.

“Suasana (ketika itu) agak bising … orang Pulau Pinang ini biasalah bercakap begitu, tetapi sudut gambar diambil oleh wartawan itu dalam keadaan macam kasar,” katanya menerusi video di Facebook.

Beliau sebelum ini enggan memberikan sebarang komen selepas Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan memohon maaf bagi pihak parti itu, sambil menegur layanan terhadap Lau, yang menurutnya seorang tokoh PN wajar diberikan penghormatan selayaknya.

Ketika Ceramah Mega PN Best yang turut dihadiri Presiden PAS Hadi Awang itu, Iszuree dirakam dalam klip video meminta Lau, yang juga calon PN DUN Bayan Lepas, agar meninggalkan majlis tersebut.

Menjelaskan situasi pada malam itu, Iszuree berkata, Lau tidak diundang ke majlis itu kerana ia diadakan di Seberang Perai Utara, kawasan majoriti Melayu.

Beliau berkata, Lau dinasihatkan agar tidak menghadiri ceramah itu untuk menjaga keharmonian memandangkan ramai ahli PAS tidak senang dengan pencalonannya di Bayan Lepas.

Mengakui beliau dan Lau sering berbeza pendapat, Iszuree berkata, hal ini tidaklah membawa kepada hubungan dingin antara mereka.

“Saya dan Lau rakan sekolah di SMK Abdullah Munshi, bukanlah baru kenal,” katanya.

“Saya tak pernah bergaduh teruk dengan dia, berselisih dan tidak sependapat tu biasalah.”

Sebelum ini, pencalonan Lau di DUN Bayan Lepas dikatakan mengecewakan akar umbi PAS di kerusi majoriti Melayu itu. FMT

SIAPA PU TENGOK VIDEO TERSEBUT BOLEH TAHU CARA ISZUREE HALANG LAU, KALAU BISING PU BOLEH SAJA SAMBIL SENYUM BERBISIK DI TELINGA LAU.

Insiden Lau, alasan ‘terbaik’ dari Iszuree

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang

Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker