Anwar sifatkan keputusan pemilihan UMNO kemenangan pasukan meyakinkan

Anwar sifatkan keputusan pemilihan UMNO kemenangan pasukan meyakinkan

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Pemilihan UMNO 2023 yang diumumkan secara rasmi hari ini membawa mesej kemenangan satu pasukan yang meyakinkan.

Perdana Menteri berkata, dengan keputusan ditunjukkan itu, ia sekali gus berupaya memperkukuh kedudukan Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya ketika ini.

“Kita ambil maklum perkembangan terkini. Setinggi tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan yang menunjukkan satu kemenangan pasukan yang meyakinkan dan dengan ini, ia akan memperkukuh Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan kali kedua di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

UMNO mengakhiri siri pemilihan partinya hari ini, selepas 187 Bahagian UMNO di seluruh negara bersidang pada Sabtu.

Pemilihan UMNO 2023 menyaksikan Ahmad Zahid kekal sebagai Presiden UMNO selepas jawatan disandang tidak dipertanding, selain timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Jawatan Naib Presiden UMNO pula disandang Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Dalam pada itu, Anwar berkata, komitmen kehadiran yang ditunjukkan pimpinan parti-parti Kerajaan Perpaduan pada mesyuarat malam ini memberi jaminan dan bukti dokongan kuat semua kepada kerajaan.

Sementara itu, Anwar berkata, satu konvensyen akan diadakan Kerajaan Perpaduan dalam usaha memastikan adanya hala tuju pemikiran dasar yang jelas oleh kerajaan. BH

Anwar sifatkan keputusan pemilihan UMNO kemenangan pasukan meyakinkan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker