Polis nafikan ada himpunan besar-besaran mahu tumbangkan kerajaan

Polis nafikan ada himpunan besar-besaran mahu tumbangkan kerajaan

Polis mengesahkan dua kenyataan ditularkan menerusi media sosial kononnya akan berlaku perhimpunan besar-besaran di ibu negara untuk menumbangkan kerajaan sedia ada adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata tahap keselamatan semasa adalah terkawal dan orang ramai dinasihati tidak menyebar atau berkongsi lanjut mengenai kenyataan itu menerusi mana-mana platform media sosial.

“Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh membangkitkan kegusaran awam.

“Perbuatan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang kepada sesiapa saja yang terbabit melakukannya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Semalam, tular di media sosial dua kenyataan yang hampir sama mendakwa bakal berlaku satu perhimpunan besar-besaran oleh orang Melayu di ibu negara, bertujuan menumbangkan kerajaan semasa. BH

Polis nafikan ada himpunan besar-besaran mahu tumbangkan kerajaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker