Iktiraf 5 Adun, matikan usaha lagakan BN-PH – Megat Zulkarnain

Iktiraf 5 Adun, matikan usaha lagakan BN-PH – Megat Zulkarnain

Pengiktirafan lima Adun Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian wakil rakyat kerajaan Selangor mematikan usaha melaga-lagakannya dengan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin berkata tidak lagi timbul isu wakil rakyat BN dianak tirikan kerana mereka juga bakal menikmati peruntukan sama dengan rakan sejawat dari PH.



“Mewakili Umno Selangor, saya fikir ini akan menutup mulut-mulut mereka yang cuba melaga-lagakan PH dan BN,” katanya menurut Sinar Harian.

Semalam, Menteri Besar Amirudin Shari mengumumkan lima Adun BN kini diiktiraf sebahagian wakil rakyat kerajaan Selangor sehingga tamat tempoh penggal DUN pada Jun depan.

Mereka terdiri daripada Rizam Ismail (Sungai Air Tawar) yang juga bekas ketua pembangkang, Mohd Imran Tamrin (Sungai Panjang), Rosni Sohar (Hulu Bernam), Mohd Shamsuddin Lias (Sungai Burong), dan Zakaria Hanafi (Semenyih).

Rabu lalu, ADUN Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali dari Perikatan Nasional (PN) mendakwa wakil rakyat BN masih menerima peruntukan sebagai pembangkang dan bukannya kerajaan.



Bekas menteri besar Selangor itu berkata situasi itu menunjukkan pendirian kerajaan Selangor tidak selari dengan kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Di peringkat pusat, PH dan BN bekerjasama membentuk kerajaan pusat selepas PRU15, ia turut membabitkan Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah serta parti kecil lain. BH

Iktiraf 5 Adun, matikan usaha lagakan BN-PH – Megat Zulkarnain

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]



Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker